in

Lelaki Kantoi Cuba Mencuri Tak Takut Gambar Diambil, Tak Malu Mengaku Itu Kereta Sendiri

Jop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pencuri zaman sekarang semakin hari semakin licik. Panjang sungguh akal mereka memikirkan pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menipu orang ramai. Baru sahaja kita dengar kisah seorang lelaki dibaling losyen di Sunway Pyramid sebelum wangnya dicuri beberapa hari yang lalu, hari ini ada lagi kisah taktik lain yang digunakan pencuri.


Menurut WORLD OF BUZZ, seorang lelaki telah berkongsi kejadian malang menimpanya dan keluarga dua hari lalu di sebuah laman Facebook. Dalam entri tersebut, lelaki berkenaan menceritakan pengalaman bagaimana kereta milik keluarganya hampir dicuri sewaktu berada di AEON Cheras.

C1
sumber: facebook

Sewaktu sedang berjalan menuju ke kawasan parkir bersama ahli keluarganya untuk mendapatkan kereta, alangkah terkejutnya lelaki tersebut apabila mendapati sepasang lelaki dan wanita tidak dikenali sedang duduk dan menggeledah kereta tersebut. Lebih mengejutkan, lelaki tidak dikenali itu berani mengaku bahawa kereta tersebut adalah hak miliknya!

“Waktu tu kami nak balik dalam pukul 6:30 petang macam tu kat AEON Taman Maluri Cheras tengah berjalan nak ke kereta, bapa saya tiba-tiba ternampak but dan pintu kereta kami terbuka dan ada orang dalam kereta,” cerita lelaki tersebut.

Lelaki berkenaan menceritakan bahawa bapanya bertanya apa yang mereka lakukan dalam kereta tersebut namun menerima jawapan balas dengan nada yang tinggi dan kasar.

“Ini kereta aku!” kata lelaki tidak dikenali tersebut.

C3
sumber: facebook

Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut menambah satu lagi penipuan dengan mengatakan bahawa keluarganya masih belum melangsaikan bayaran ansuran kereta dan mendakwa mempunyai sepucuk surat untuk ditunjukkan. Namun tidak diberitahu pula surat apa yang hendak ditunjukkan itu.

Melihat kecurian yang hampir berlaku di depan mata, pengawal keselamatan dipanggil ke tempat kejadian dan orang ramai mula berkumpul di kawasan itu. Sewaktu gambarnya diambil, lelaki tidak dikenali tersebut tanpa segan silu memberitahu bahawa dia tidak akan melarikan diri.

“Aku tak akan lari dari sini, ambillah kalau nak ambil gambar aku sekalipun!”

C2
sumber: facebook

Pun begitu, wajah lelaki itu kelihatan tertunduk sepanjang masa ketika berkata-kata. Dia juga bertukar takut apabila pemilik kereta dan keluarga mengugut mahu memanggil pihak polis. Pencuri tersebut menyerahkan semua barangan yang dicuri setelah diminta namun masih licik kerana sempat mencuri satu power bank yang terdapat di dalam kereta itu.

“Pencuri tersebut memulangkan SmartTAG kepada kami dan merayu agar tidak memanggil polis dengan alasan bahawa teman wanitanya sedang hamil.”

Pengawal keselamatan kemudiannya menyuruh mereka menyelesaikan perkara tersebut secara peribadi. Keluarga baik hati itu mengambil keputusan untuk melepaskan pencuri tersebut namun mendapat tentangan ramai kerana khuatir orang lain pula yang akan menjadi mangsa mereka selepas ini.

Hmm..seeloknya panggil polis untuk selesaikan kes macam ni. Korang rasa macam mana?

Baca: Lelaki Hilang Beg Selepas Dibaling Lotion di Sunway Pyramid Mall

Yas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.