in

Lelaki Kahwini Wanita Vietnam, Dapat Tahu Isteri Dibeban Hutang Lebih RM75,000 Selepas Berkahwin

Page 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa tindakan anda jika mendapat tahu pasangan yang baru anda nikahi mempunyai agenda lain di sebalik perkahwinan itu? Seorang lelaki dari Singapura baru-baru ini berkongsi kisah di mana dia mengahwini seorang wanita warganegara Vietnam sebelum mendapat tahu sesuatu yang sangat mengejutkannya.


Menurut Asia One, ZC berjumpa dengan isterinya pada tahun 2015 ketika wanita itu melancong ke Singapura. Selepas pertemuan itu, mereka dikatakan terus jatuh cinta dan berjumpa beberapa kali ketika isterinya melawat Singapura pada tahun 2016.

Meskipun mengetahui wanita itu merupakan seorang janda, ZC tidak kisah dan masih mahu mengahwininya. Oleh itu dia telah ke agensi perkahwinan pada Oktober 2016 untuk menguruskan hal tersebut. Perkahwinan mereka kemudian ditetapkan berlangsung pada 11 Januari 2017.

Couple Wed
gambar hiasan

Bagaimanapun, ketika pegawai pentadbiran meminta sijil perceraian wanita itu, ZC dikejutkan dengan satu berita di mana wanita yang bakal dikahwininya itu ternyata mempunyai dua orang anak di Vietnam.

Walaupun kecewa kerana tidak mengetahui akan hal itu, ZC tetap memutuskan untuk membina masa depan bersama bakal isterinya dengan meneruskan rancangan pernikahan mereka.

Pasangan itu akhirnya melangsungkan pernikahan mereka di Pejabat Pendaftar Perkahwinan. Namun, tiga hari selepas disahkan menjadi suami isteri, ZC dikejutkan lagi dengan pendedahan isterinya bahawa dia mempunyai hutang di Vietnam sebanyak 400,000,000 dong (RM75,618.40).

Wedding3
gambar hiasan

Wanita itu meminta suaminya untuk membayar hutang tersebut dan membantunya memohon Pas Lawatan Jangka Panjang supaya dia boleh bekerja di Singapura. Bukan itu sahaja, wanita itu turut mengugut untuk tidak menjalankan tugasnya sebagai isteri jika ZC tidak menuruti permintaannya.

“Dia berkata, dia tidak mahu mempunyai zuriat bersama saya jika saya tidak bersetuju.”

ZC akhirnya bersetuju dengan permintaan isterinya dan permohonan pas lawatan isterinya berjaya diterima pada bulan Jun lalu.

Pasangan itu kemudian pulang ke kampung halaman isterinya pada Julai lalu untuk melawat ibunya. Mereka juga berkesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan tradisional di mana ZC turut mengambil peluang membayar 100,000,000 dong (RM18,906.80) daripada jumlah hutang isterinya itu.

Hutang
gambar hiasan

Namun, 13 hari selepas mereka kembali ke Singapura, isterinya memberitahu bahawa terdapat masalah yang berlaku di Vietnam menyebabkannya harus pulang ke sana.

Kini, sudah lebih dua minggu isterinya ke Vietnam dan tidak pulang ke Singapura. Menurut ZC, isterinya juga masih tidak pasti bila akan pulang kepadanya.

Malah, ketika di Vietnam dia menghantar gambar resit dan menggesa suaminya untuk membayar lebihan hutangnya. Menurutnya, pihak bank akan merampas perniagaan keluarganya jika mereka tidak membayar dalam tempoh yang ditetapkan.

Mesej
gambar hiasan

ZC mengeluh dan meminta pendapat orang ramai berkenaan situasi yang dialaminya ini.

“Saya tidak tahu mahu berbuat apa. Patutkah saya bayar hutangnya? Apa yang akan berlaku selepas itu?”

“Dia (isteri) tidak menjalankan tanggungjawab isteri dengan baik, dia berlakon dan mempunyai agenda tersendiri.”

Netizen yang membaca kisahnya rata-rata berpendapat bahawa dia mungkin sudah masuk perangkap dan ditipu.

Ada yang mengatakan bahawa isterinya tidak ikhlas dengan perkahwinan serta digunakan sejak awal untuk membayar hutangnya.

Kalau betul, memang kesian lelaki ni. Dia punyalah ikhlas nak kahwin rupa-rupanya ditipu.

Baca: Wanita Ditipu RM31,000 Oleh Jejaka Kacak Dari Korea, Konon Mahu Biaya Pembedahan

Bg 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.