in

Lelaki Jual Ganja Dalam Bentuk Kek, Susu dan Madu Untuk ‘Rawatan Kesihatan’

Dadahhh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anda pernah dengar akan kek, susu, coklat dan makanan berkhasiat lain yang mengandungi dadah? Mungkin tidak ramai yang tahu akan sindiket ini. Namun perniagaan makanan berasaskan ganja amat aktif di media sosial.


Marijuana Edibles
gambar hiasan – sumber: high times

Walaupun begitu, seorang lelaki berusia 58 tahun bersama isteri warga Indonesianya dan seorang pembantu telah diberkas polis kerana menjalankan perniagaan tersebut di rumahnya dekat Kampung Delek Dalam, Klang.

41496125155 Freesize
sumber: astro awani

Suspek yang juga seorang bekas tentera menggelarkan dirinya ‘Dr Ganja’, mengakui bahawa produk yang dijualnya boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dan digunakan untuk ‘rawatan kesihatan’. 

Maducampur3005
sumber: the malay mail

Menurut pihak berkuasa, lelaki tersebut telah menjadikan rumahnya sebagai ‘klinik’ dan menjual produknya di laman Facebook, WeChat dan WhatsApp.

Pelanggan dipercayai mampu mendapatkan produk terbabit dengan harga serendah RM5 sehingga RM50 bergantung jenis produk.”

— Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang.

Tambahnya lagi, lelaki itu mendakwa niatnya hanyalah untuk membantu dan kadangkala dia memberi produknya secara percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan. Ye ke tu? Baiknya hati…

Ganja
sumber: berita harian

Melalui hasil serbuan, pihak polis telah merampas 18 pokok ganja, empat kilogram tumbuhan dan serbuk disyaki ganja, empat liter minyak, coklat, madu, marjerin serta susu yang disyaki mengandungi ganja yang kesemuanya bernilai RM21,000 termasuk sebuah kereta.

Ganja2
sumber: berita harian

Pasangan itu juga dikatakan aktif beroperasi menjual produk tersebut sejak lima bulan lalu. Menurut Datuk Kang lagi, ketiga-tiga suspek yang diberkas positif ganja dan telah ditahan tujuh hari untuk membantu siasatan.

Dalam banyak-banyak ubat, ganja juga yang dicari ya? Banyak lagi alternatif lain yang boleh digunakan untuk mengubati penyakit.

Baca: Warga Emas Baru Pulang Solat Subuh di Surau Ditahan Membeli Dadah

Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.