in

Lelaki Ini Telah Bawa Keluar RM600,000 Dari Sebuah Bank di Damansara Heights Tanpa Dikesan

Curi Duit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki berjaya melarikan sejumlah wang yang besar dari sebuah bank di Damansara Heights, lapor theSundaily.


Dengan hanya ‘bersenjatakan’ sehelai kertas, berbaju T, berseluar pendek dan selipar, lelaki ini telah melarikan RM600,000 tanpa disedari sesiapa. Bagaimana dia melakukan jenayah itu?

Begini caranya:

 

1. Memasuki bank pada waktu siang dan menyamar sebagai penyelenggara pemadam api

Selain memakai t shirt, berseluar pendek dan selipar serta membawa sehelai kertas, lelaki ini turut membawa backpack bersamanya.

Curi 1
sumber: thesundaily

 

2. Memperkenalkan dirinya dengan yakin sebagai juruteknik syarikat pemadam api

Pencuri ini berjumpa dengan staf bank dan memperkenalkan dirinya kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 8 September. 

Dia kemudian meminta kelulusan untuk memasuki kawasan larangan tetapi apabila mereka meminta kad pengesahan, dia hanya menunjukkan satu dokumen yang kelihatan seperti pelan lantai bangunan.

 

3. Beberapa staf yang berasa curiga memberitahu pengurus bank yang kemudiannya menolak permintaannya untuk memasuki kawasan larangan

Lelaki ini gagal mengesahkan statusnya menyebabkan pengurus bank yang berusia 40-an tidak membenarkannya melakukan ‘pemeriksaan’ sebelum keluar makan pada waktu rehat.

 

4. Dia berlegar di sekitar kawasan bank selepas permintaannya ditolak sebelum secara senyap mendekati safe room  sewaktu staf sibuk melayan pelanggan

Rakaman CCTV menunjukkan lelaki ini berpura-pura memeriksa pemadam api (untuk mengelakkan curiga) sambil perlahan-lahan mendekati bilik tersebut.

Curi 2
sumber: thesundaily

 

5. Lelaki ini menunggu sehingga ketua juruwang masuk ke safe room dan meletakkan magnet di selak kunci pintu keselamatan yang menghalang pintu daripada terkunci

Safe room itu hanya boleh dibuka oleh pengurus bank dan ketua juruwang menggunakan kod akses peribadi. Lelaki ini dengan santai menunggu juruwang itu keluar dari safe room dan terus ke dalam bilik tersebut.

 

6. Selepas itu, dia terus menyumbat sebanyak mungkin wang tunai ke dalam backpack dari safe room itu. Kemudian, dengan tenang dia meninggalkan ruang itu dan keluar dari bank.

Tiada seorang pun yang menyedari akan hal itu sehinggalah pada jam 2.30 petang, ketika pengurus bank pulang dari makan dan bertanyakan kepada staf tentang lelaki berkenaan. Mereka memberitahunya bahawa dia telah meninggalkan premis tetapi pengurus itu benar-benar berasa curiga dan terus memeriksa safe room.

Pada ketika itulah dia mendapati wang tunai sebanyak RM600,000 telah dicuri dari bilik tersebut dan segera membuat laporan polis.

Pengurus bank berkenaan ditahan polis tetapi dibebaskan selepas dua hari kerana didapati tidak bersalah. Ketua juruwang turut ditahan tetapi dibebaskan beberapa jam selepas keterangannya diambil. Kedua-dua mereka kini digantung kerja disebabkan insiden itu.

Curi 3
sumber: ringgit insider

 

7. Pencuri itu rupa-rupanya sempat berbual dengan pengawal keselamatan sebelum meninggalkan premis bank tersebut

Lelaki itu dengan begitu bersahaja memulakan perbualan dengan pengawal keselamatan bank dan berkata dia tidak dapat melakukan pemeriksaan serta akan kembali pada masa lain untuk menyelesaikan tugasnya itu.

Rupa-rupanya, insiden itu bukanlah kali pertama dilakukan lelaki ini!

Lelaki itu dikatakan pernah menggunakan taktik yang sama di premis bank lain namun gagal kerana staf bank berasa curiga terhadapnya.

Polis mendedahkan beberapa gambar lelaki itu yang dirakam melalui CCTV dan meminta sesiapa yang mempunyai informasi tentang suspek yang dipercayai berusia 30-an untuk menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Hafizi bin Ishak di talian 017-2336343, polis Brickfields di talian 03-90516222, talian polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau hubungi balai polis berdekatan anda.

 

Baca: Wang Bantuan Kebajikan Warga Emas OKU Dicuri Rakan Ketika Disuruh Periksa Akaun Bank

Duit1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.