in

Lelaki Ini Jana Pendapatan RM10,000 Sebulan Hanya Dengan Jaga Page Facebook

Image 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ingat akan Amran Fans? Pernah suatu ketika dahulu laman Facebook dan nama ini menjadi perbualan hangat di kalangan netizen oleh kerana lawak, troll dan juga kritikan pedasnya mengenai masyarakat setempat.


Namun, sejurus selepas itu naik pula beberapa page baru di Facebook yang mendominasi carta pengikut tertinggi sehinggakan pemilik kepada akaun berkenaan menjana keuntungan berpuluh ribu setiap bulan! Laman tersebut ialah Facebook Sultan Melaka Fans dan Sultan Melaka, lapor Malaysian Digest.

Image 5
sumber: malaysian digest

Menurut pemilik Facebook berkenaan, Shahir Mohd Shah, 33, semuanya bermula sekadar suka-suka ketika dia menubuhkan laman tersebut pada tahun 2014. Kini laman tersebut setanding dengan laman troll lain seperti Siakap Keli, Amran Fans dan Abdul Rani Kulop Fans yang sudah mencecah setengah juta like dalam tempoh tiga tahun. Wow boleh tahan! 

Malah tidak terlintas di minda Shahir untuk mengaut keuntungan di sebalik penubuhan laman ini kerana dia lebih menjurus untuk menghiburkan orang ramai di alam maya.

“Lawak kita bukan sembarangan tapi ada fakta. Lama-kelamaan, ramai bertanya terutama peniaga online mengenai perkhidmatan buat iklan. Dari situ, saya jadikan sekali laman ini untuk jana pendapatan,” katanya.

Sultan Melaka
sumber: facebook

Kini laman ini telah dikendalikan oleh 10 editor daripada pelbagai latar belakang termasuklah bloggers, akauntan, kontraktor dan ahli perniagaan.

Terdapat dua lagi editor yang ditugaskan untuk mengurus iklan dan memastikan setiap hari terdapat iklan yang disiarkan. Iklan-iklan ini juga dibahagikan kepada dua sesi iaitu siang dan malam.

Alhamdulillah, sekarang setiap hari ada iklan masuk sehingga adakala boleh cecah pendapatan RM10,000 sebulan,” kata Shahir yang juga menggelarkan dirinya sebagai ‘beta’ yang merujuk kepada Sultan Melaka.

Wah main Facebook pun boleh dapat gaji lumayan! 

Terdahulu, Shahir yang pernah bekerja sebagai seorang chef di hotel sanggup meninggalkan kerjaya 10 tahunnya demi memfokuskan diri untuk menjaga laman Facebook yang ditubuhkan termasuklah urusan iklan.

Sinar
sumber: pishang daily

Sungguhpun begitu, dia mengakui dalam berjenaka dan menyelitkan unsur gurauan pedas, kumpulannya tetap harus berhati-hati dan cuba mengelakkan unsur-unsur sensitif. Malah dia juga pernah kehilangan satu akaun Facebook yang mempunyai pengikut lebih 300,000 kerana ada pihak yang membuat aduan kepada Facebook.

“Sebelum ini, troll yang dilakukan sama ada mengenakan artis, ahli politik dan orang awam itu bersifat terbuka, tapi sekarang kita lebih berhati-hati menyiarkan sebarang lawak atau posting. 

“Mungkin orang lihat tindakan kami negatif atau keburukan laman ini, tapi saya tak ambil peduli setiap komen negatif itu.

“Ada juga yang minta kami bantu siarkan ahli keluarga hilang, hilang kenderaan, menularkan individu menipu atau maklumat bencana alam. Kami anggap ia sebagai khidmat komuniti kepada masyarakat,” jelasnya.

Sultan Melaka Habau
sumber: facebook

Oleh kerana populariti laman Facebook ini, dia juga pernah ditawarkan wang sebanyak RM40,000 oleh seseorang yang mahu membeli laman tersebut, namun Shahir menolak tawaran itu.

Penukaran hak milik akaun Facebook ini adalah perkara biasa kerana editor laman Facebook Siakap Keli, A Rizal Che Zake yang juga terlibat dalam laman Sultan Melaka Fans mendedahkan bahawa, Siakap Keli pernah dijualkan kepada seseorang dengan harga yang dianggarkan RM1.5 juta. Wow! Dah jadi jutawan tu! 

Namun laman tersebut kini telah dijualkan oleh pembeli kedua kepada sebuah syarikat televisyen swasta dengan harga lebih kurang RM 10 juta. Gilalah! 

“Biasanya page yang mempunyai kira-kira 1.1 juta pengikut dijual dengan harga RM45,000. Kalau 600,000 pengikut dengan harga RM30,000. Sementara 300,000 pengikut pula dijual dengan harga RM20,000.

“Berbekal pengalaman dalam bidang pengiklanan, tak ada masalah untuk saya dapatkan pelanggan biarpun tak jumpa mereka secara depan. Yang penting kita cuba buatkan yang terbaik bagi pelanggan dan jujur,” kata Rizal.

Dia yang kini menjadi editor bagi beberapa laman Facebook mengakui Facebook troll sebegini mampu jana pendapatan lumayan bagi pemiliknya yang betul-betul fokus dengan kerjaya seperti ini.

Lepas ni ramailah yang nak jadi admin page troll dekat Facebook. Tak perlu pendidikan yang tinggi pun boleh dapat keuntungan juta-juta. 

Baca: Lelaki Tinggal Kerjaya Sebagai Juruterbang Kepada Petani Kerana Minat, Kini Peroleh Pendapatan Lebih Lumayan

Jagung 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.