in

“Lelaki ini baru sahaja meludah ke atas kawan saya yang memakai hijab…”

Guy Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menghormati antara satu sama lain sangat dituntut tidak kira umur, agama mahupun bangsa. Bagaimanapun, hormat bukanlah yang diterima seorang wanita ini dan rakannya yang berdepan dengan situasi menjengkelkan.


Menurut satu perkongsian yang kini semakin tular di media sosial, seorang wanita berkongsi pengalamannya bersama rakan berhadapan dengan seorang lelaki yang biadap di tempat awam.

Lyza Nassir bersama rakan berada di dalam salah satu gerabak MRT di Singapura sebelum tiba-tiba rakannya yang memakai tudung diludah oleh seorang lelaki!

Mrt
gambar hiasan

Melalui perkongsian di Facebook, Lyza menulis,

“Si bodoh ini baru sahaja meludah ke atas kawan saya yang memakai hijab. Kemudian lagak seperti orang bodoh dan buat-buat blur. Jika kamu ada masalah dengan orang muslim yang memakai hijab, kamu boleh meludah pada mereka sesuka hati ke?”

Menurut Lyza lagi, sebaik melakukan perbuatan keji itu, lelaki berkenaan terus berlagak seperti seorang yang pekak dan tidak mendengari apa yang mereka katakan.

Guy
sumber: facebook

Dia juga akui tidak berani membuat sesuatu selain hanya berdepan dengan lelaki berkenaan kerana keadaannya yang sedang hamil 6 bulan.

“Takut dia bertindak agresif pula kerana saya hamil 6 bulan. Berbual pun dia buat buat pekak. Sedih tengok orang Melayu kita asyik kena macam ni!”

Netizen yang membaca entri itu rata-rata mengecam tindakan biadap lelaki tersebut dan menyifatkan perbuatannya sebagai ‘tiada otak’.

“Dia hanya berani buat macam tu kerana mereka wanita. Apa masalahnya kalau wanita memakai tudung kerana kepercayaan dan agama mereka. Kalau tak puas hati pergilah duduk gerabak lain.”

“Tolong buat laporan polis. Manusia racist macam ni perlu diberi pengajaran. Macam takde otak!”

“Memang geram baca atau dengar tapi tiba-tiba teringat Nabi junjungan kita yang kena lebih teruk lagi. Macam mana pun, Nabi tetap bersabar. Stay safe, sis.”

Ada juga yang berpendapat bahawa isu agama tidak sepatutnya dibangkitkan dalam hal ini.

“Tak faham kenapa kena bangkitkan isu agama di sini.”

“No racism! NO! NO!”

“Jangan menilai dari segi agama.”

Apa pun sebab lelaki itu berbuat sedemikian, kami dari Lobak Merah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral seperti ini.

Baca: Kereta Wanita Dicalarkan Jurujual Biadap Kerana Menolak Untuk Beli Surah Yasin di Pulau Pinang

Page 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.