Lelaki Guna Taktik Sangkut Surat Cinta di Leher Kucing Untuk Pikat Hati Gadis Idaman

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Setiap orang pasti ada cara tersendiri untuk menawan hati seseorang yang disukai untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat.

Tetapi cara yang digunakan seorang jejaka misteri ini sememangnya lain dari yang lain sehinggakan ianya menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Sebuah perkongsian daripada seorang wanita tular di Facebook menceritakan bagaimana seorang lelaki yang tidak dikenali menggunakan taktik yang kreatif untuk berkenalan dengannya.



Sumber: Facebook

Menurut ejen hartanah, Siti Nur Aswani Mohd Khir, pada mulanya dia ternampak ada sesuatu yang terikat di leher kucingnya ketika ia sedang makan pada malam Rabu lalu. Tertanya-tanya, dia kemudian memeriksa dan terjumpa sekeping nota yang diikat pada tali.

“Ingatkan dia (kucing) kena ikat ke apa, alih-alih ada surat cinta. Zaman dah moden, orang tak guna merpati dah. Orang guna kucing.”

Aswani kemudian membuka nota itu dan mendapati ianya dari seorang jejaka misteri yang mengaku malu untuk bersemuka tetapi berhasrat untuk berkenalan dengannya.

Sumber: Facebook

Namun, menurut Mstar, Aswani turut meragui sama ada surat itu benar-benar ditujukan kepadanya atau rakan serumah yang lain.

“Jangan-jangan bukan untuk saya kerana sebenarnya saya tinggal dengan dua orang lagi rakan serumah.”



“Tapi kawan serumah menolak pendapat itu kerana mereka kata hanya saya yang mempedulikan kucing-kucing ini.”

Sumber: Facebook

Perkongsian tentang ‘posmen kucing’ dari wanita berusia 27 tahun itu kemudian menjadi tular dan mendapat perhatian serta reaksi dari netizen. Rata-rata menyatakan rasa kagum mereka dengan cara kreatif digunakan secret admirer tersebut untuk memikat hatinya.

Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah menerima surat cinta dari seseorang.

“Kreatif la ni caranya nak ngayat. Masih kemelayuan juga kan. Dulu-dulu masa zaman belajar, ada siswa duduk menyewa sebelah rumah tak guna cara gini.”

“Lagi daring mamat tu. Terus cakap depan-depan “aku suka kat kau”. Terkejut, terus tak nak. Bila ingat-ingat balik menyesal pulak tak sahut cinta direct tu. Kalau tak sure #tilljannah.”



Seorang netizen turut memberi idea lain untuk memikat orang yang disukai dengan taktik double park kereta individu berkenaan. Ni pun kreatif juga!

“Cara paling mudah nak dapatkan nombor telefon orang yang kita suka, kau block kereta dia lepas tu kau letak nombor telefon kau, nanti mesti dia call suruh alihkan kereta. Simple.”

Korang ada minat sesiapa? Cuba lah taktik ni . Lepas tu kongsi dengan kami pengalaman korang. Hehe!

Baca: Lelaki Marah Gadis Kerana ‘Double Park’, Akhirnya Menjadi Pasangan Cinta

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!