in

Lelaki Gila Seks Ceroboh Rumah Jam 4 Pagi, Lari Dan Sembunyikan Budak Perempuan Selama 16 Jam

14Amani.transformed 1
PORT DICKSON 14 AUGUST 2017. (SBN182R) Reaksi ibu, Nur Asyikeen Ramli, 33 menunjukkan potret anak perempuannya, Faralysa Amani Fazil, 9 yang dipercayai dilarikan penceroboh yang masuk ke kediaman mereka di Kuarters Politeknik Port Dickson awal pagi tadi. STR/ADZLAN SIDEK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Manusia zaman sekarang makin bertambah pelik dan bahaya. Anak dara yang tinggal keseorangan di rumah ataupun asrama haruslah berhati-hati. Takut-takut dilarikan oleh lelaki gila seks yang semakin menjadi-jadi kelakuannya semenjak dua menjak ini.


Menurut laporan Berita Harian, seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang berusia 21 tahun telah ditahan kerana didakwa melarikan kanak-kanak berusia sembilan tahun dari rumahnya minggu lalu.

Malah apa yang lebih menakutkan ialah lelaki tersebut disyaki gila seks dan melakukan kegiatan buruknya pada jam seawal 3 ke 4 pagi untuk mengelak diketahui orang ramai.

14Amani.transformed
sumber: berita harian

Selain dari menculik kanak-kanak itu, suspek juga didakwa telah cuba melarikan pelajar perempuan berusia 17 tahun dari sebuah asrama di sekolah agama dekat Teluk Kemang pada 13 Ogos lalu.

Suspek dengan beraninya menceroboh asrama tersebut di antara jam 3 hingga 4 pagi dan menekup mulut dan hidung mangsa yang sedang nyenyak tidur dengan menggunakan kain yang dibasahkan dengan cecair pencuci lantai.

Ilustrasi Penculikan 20160704 135807
gambar hiasan

Pun begitu, rancangannya gagal apabila mangsa menjerit meminta pertolongan akibat terkejut dengan tindakan mengejut suspek. Dia kemudian bertindak melarikan diri.

Walau bagaimanapun, bagaikan tidak serik-serik dengan kejadian semalam, suspek sekali lagi menceroboh sebuah rumah yang didiami kanak-kanak berusia sembilan tahun dan berjaya melarikannya dengan melalui sebuah pagar rosak. Dia kemudian membawa mangsa menaiki sebuah kereta yang diletakkan di kawasan kedai yang tidak jauh dari tempat kejadian.

Kereta
sumber: berita harian

Mangsa seterusnya dikurung di rumah suspek dekat Bandar Springhill dan disembunyikan selama 16 jam dengan tangan dan kakinya terikat pada kerusi. Gadis itu juga diugut untuk tidak melarikan diri.

Hasil siasatan mendapati terdapat luka pada kemaluan mangsa dan tangan serta kakinya lebam akibat diikat di kerusi.

Berikutan penangkapan suspek, pihak polis telah merampas tiga telefon pintar, beberapa kad bank, pakaian dalam wanita dan peralatan pecah rumah, selain kereta, kerusi serta tali yang dipercayai digunakan ketika melarikan kanak-kanak itu.

Malah menurut pihak polis, keluarga suspek juga tiada rumah semasa kejadian tersebut berlaku.

Jika sabit kesalahan, suspek bakal dikenakan enam pertuduhan termasuklah dua pertuduhan di bawah Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017.

Berhati-hatilah walau di mana anda berada walaupun ketika anda sedang tidur dan berehat di rumah. Bahaya ada di mana-mana! 

Baca: Gadis Diculik Lompat Keluar Dari Kereta Sebelum Penculik Langgar Pokok dan Ditangkap Orang Awam

Culik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.