in

Lelaki Gantung Diri di Loteng Rumah Kerana Tak Dapat Penuhi Permintaan 3 Isteri

Page 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika hidup berpoligami, masyarakat kita sering kali mendengar kisah yang lebih tertumpu kepada kaum perempuan. Kebanyakan wanita yang berpoligami banyak berkongsi cerita-cerita menyayat hati keluarga dan penderitaan hidup mereka berkongsi kasih dengan insan lain.


Pun begitu, berbeza dengan kisah berlaku di Indonesia ini apabila  bukan wanita namun seorang lelaki pula mengalami penderitaan gara-gara hidup berpoligami. Menurut TribunNews, lelaki dikenali sebagai Mahyudin telah ditemui tergantung di rumahnya di Ciledug, Tangerang dekat Jakarta, Indonesia.

B3 1
sumber: facebook

Difahamkan, Mahyudin yang berusia 36 tahun mengamalkan poligami dan mempunyai tiga orang isteri. Dalam kejadian berlaku pada waktu pagi itu, lelaki berkenaan dikhabarkan mengambil keputusan untuk membunuh diri setelah dikatakan tertekan dengan permintaan isteri-isterinya. Aduhai!

Menurut Ketua polis Ciledug, Supiyanto memberitahu bahawa mayat Mahyudin ditemui tergantung bersama kain tudung di loteng rumah oleh salah seorang isterinya, Sukiyanti yang tinggal bersama.

B4 1
sumber: facebook

Sukiyanti dan madunya, Lastrini memberitahu bahawa Mahyudin sempat minum kopi di luar rumah sebelum kejadian. Namun, pada waktu itu lelaki terbabit dikatakan kelihatan gelisah, berjalan mundar mandir dan sangat kusut.

Dua isteri Mahyudin yang berada dalam keadaan baik antara satu sama lain sedang berbual-bual di depan rumah sambil minum bersama sewaktu ternampak keadaan suami mereka yang kegelisahan.

B2 1
sumber: facebook

Selepas berjalan ke hulu dan ke hilir, Mahyudin kemudiannya dilihat berjalan masuk ke dalam rumah. Isteri lelaki berkenaan menjadi curiga sewaktu Mahyudin tidak menyahut panggilan mereka. Apabila isterinya masuk ke dalam rumah, alangkah terkejutnya mereka sebaik sahaja menemui Mahyudin yang sudah terbujur kaku di loteng rumah.

Berikutan insiden terbabit, ketiga-tiga isteri Mahyudin mengakui bahawa lelaki tersebut berkemungkinan tertekan untuk memenuhi permintaan-permintaan mereka. Pun begitu, apakah permintaan dan maklumat lanjut mengenai permintaan tersebut tersebut tidak dinyatakan kepada awam.

B5
sumber: facebook

Ketua polis Ciledug melaporkan bahawa badan arwah Mahyudin tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda cedera atau kesan pukul ketika polis memeriksa mayatnya.

Apa agak-agaknya permintaan isteri-isteri dia tu? 

Baca: Lelaki Sakit Mental Cuba Bunuh Diri Depan Orang Awam di Pusat Beli Belah Kluang

Mental

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.