in

Lelaki Ditahan Kerana Muat Naik Kenyataan Jelik Terhadap PDRM

Polis 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebab tu dah dipesan, sebelum cakap atau muat naik sesuatu  fikir dahulu..


Tindakan seorang lelaki memuat naik kenyataan yang memburukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di ruangan komen di Facebook ternyata membawa padah apabila dia ditahan pihak polis, lapor Utusan.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, pihaknya menerima laporan berhubung kenyataan jelik yang dimuat naik dalam Facebook pada 1.30 tengah hari semalam.

Polis

Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka bagi menjalankan siasatan lanjut serta mengesan individu yang terlibat.

Lelaki berumur 34 tahun itu ditahan pada 4.45 petang semalam di Mata Ayer, Perlis hasil tindakan polis kontinjen Perlis.”

Komen tersebut menjadi bualan netizen setelah ianya tular di media sosial. Rata-rata mempertikaikan tindakannya menghina pasukan polis sedangkan gambar profilnya jelas menunjukkan dia memakai seragam pasukan tentera.

Polis3

Kenyataannya itu sekaligus mencemar nama baik institusi tersebut yang dipandang mempunyai disiplin tinggi serta bersikap saling menghormati.

“Memalukan tentera!” komen seorang netizen.

“Jangan kata Facebook kau kena hack pulak ye,” komen seorang lagi.

Wan turut berkata, PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pengguna media sosial yang membuat sebarang komen atau kenyataan yang menyakitkan hati, menjelikkan, mengugut atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Beringatlah ye, sebelum muat naik apa-apa di media sosial tu jangan lupa fikir dan check dulu jika ia menyentuh sensitiviti…

Baca: Wanita Taiwan Dedah Pengalaman Pahit Ketika Ditahan Pegawai Imigresen di KLIA

A

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.