in

Lelaki ‘Disorok’ Ibu Bapanya Selepas Langgar Lari Budak Sekolah Sehingga Cedera Parah

Hilux Langgar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudahlah langgar lari budak sekolah, lepas tu boleh pulak menyorok dalam rumah. Eh perangai apa macam ni?


Seorang pelajar lelaki Sekolah Kebangsaan Jugra telah dilanggar lari sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda Toyota Hilux sehingga cedera parah pada jam enam petang semalam, lapor Malaysian Digest.

Menurut ibu saudara mangsa, pelajar yang hanya dikenali sebagai Aeirul itu dalam perjalanan pulang dari sekolah agama sebelum dia dilanggar Toyota Hilux tersebut semasa melintas jalan.

Walau bagaimanapun, pemandu Hilux tersebut dikatakan tidak berhenti, malah melarikan diri dari tempat kejadian setelah melihat mangsa terkulai di atas jalan tidak sedarkan diri. Sampai hati!

20431635 320006855120404 6786211710962961892 N
sumber: facebook

Berikutan kejadian itu, pasukan paramedik telah bergegas ke tempat kejadian dan memberikan rawatan kepada pelajar tersebut dan seterusnya membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut.

Ibu saudara mangsa, Zurita Abdul Hamid turut berkata di laman Facebook,

Sekarang anak saudara saya masih berada di zon merah di hospital. Terdapat pendarahan di kepala dan bahagian tengkorak di kawasan matanya retak.”

20429783 320006871787069 4035927703217080228 N
sumber: facebook

Malah menurutnya lagi, keluarga mangsa sudahpun membuat laporan polis mengenai hal tersebut dan pihak polis juga sudah mengenal pasti pemandu yang tidak bertanggungjawab itu.

Walau bagaimanapun, sikap acuh tidak acuh pemandu langgar lari itu membuatkan keluarga mangsa sakit hati.

“Laporan polis telah dibuat dan kereta Hilux yang langgar lari itu pun sudah dikesan. Cuma saya rasa terkilan kepada pemandu berkenaan yang menganggap hal ini perkara kecil.”

“Langgar lari satu hal, lepas tu ibu bapa si pemandu berkenaan pula cuba menyorokkan anak mereka dalam rumah. Tak bermakna awak berada awak boleh buat sesuka hati,” katanya lagi.

Eh macam ini punya orang pun ada ke? Tak bertanggungjawab langsung! 

Kini difahamkan pelajar tersebut akan ditukar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

20293088 320006925120397 3887577653774147166 N
sumber: facebook

Dalam pada itu, kisah yang tular di media sosial ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam tindakan pemandu yang mementingkan diri sendiri itu dan cuba mengelak dari bertanggungjawab di atas kemalangan yang menimpa mangsa.

Komen 1 Vert
sumber: facebook

Semoga adik ini sembuh dari kecederaan yang dialami. Bagi pemandu langgar lari tu, tak rasa bersalah ke buat anak orang macam ni??

Baca: Pemandu Kereta Langgar Lari, Heret Motosikal Hingga Keluar Percikan Api di LDP

Lari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.