in

Lelaki Didenda Bayar Lebih RM3 Juta Kerana Abaikan Ibu Selepas Dapat Teman Wanita

Page Saman 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kasih sayang seorang ibu tiada tandingannya. Pengorbanannya selama menjaga anak sejak kecil tidak boleh digantikan dengan mata wang. Namun begitu, masih ada segelintir anak-anak yang sanggup mengabaikan ibu mereka, mahupun bapa serta melupakan jasa mereka apabila sudah mempunyai kehidupan sendiri.


Baru-baru ini, menurut Asia One, seorang lelaki, Chu, telah mengabaikan ibunya yang sudah tua dan diarahkan oleh mahkamah supaya membayar balik wang sebagai denda.

2
gambar hiasan

Chu yang berusia 41 tahun beserta abangnya telah menandatangani sebuah kontrak dengan ibunya ketika mereka berusia 20 tahun. Di dalam kontrak tersebut telah termaktub bahawa kedua-dua anaknya perlu membayar ibu mereka 60% daripada keuntungan bersih gaji.

Menurut WORLD OF BUZZ, ibu mereka, Lo telah menceraikan suaminya pada tahun 1990 dan membesarkan dua anak lelakinya sendirian tanpa mendapat bantuan daripada bekas suaminya. Walaupun hidup sebagai ibu tunggal, Lo telah menyara anaknya itu sehingga berjaya menjadi seorang doktor gigi.

3
gambar hiasan

Kehidupannya yang penuh dengan cabaran dan dugaan telah membuat Lo bimbang sekiranya anak-anak akan mengabaikannya di masa akan datang menyebabkannya mengambil keputusan untuk membuat kontrak tersebut. Pada awalnya dua anak lelaki Lo menjaganya seperti biasa sehinggalah mereka mempunyai teman wanita.

Sejak mempunyai teman wanita lapan tahun yang lalu, dua beradik itu mula tidak mengendahkan ibu mereka sehinggakan dia menerima surat daripada teman wanita anaknya melalui peguam meminta supaya dia tidak mengganggu anaknya. Amboi!

5
gambar hiasan

Hal yang demikian menyebabkan ibunya memfailkan tuntutan mahkamah supaya mematuhi kontrak tersebut. Anak sulungnya telah bersetuju membayar TW$ 5 Juta (kira-kira RM679,800), namun, Chu telah menentang di mahkamah dan mendakwa kontrak itu melanggar adat bahawa seorang ibu perlu menjaga anak.

Mahkamah rendah telah memutuskan untuk berpihak kepada anaknya kerana membesarkan anak tidak boleh dikira dengan mata wang. Lo kemudian telah merayu di mahkamah tinggi di mana hakim telah memihak kepadanya memandangkan dia sudah dewasa ketika menandatangani kontrak tersebut dan kini mampu membayar ibunya dengan gaji sebagai seorang doktor gigi. Chu telah diarahkan membayar sebanyak TW$ 22.33 juta (kira-kira RM3.02 juta) sebagai bayaran semula kepada ibunya untuk perbelanjaan membesarkannya.

Walau apa sekali pun, jangan lupa jasa ibu bapa untuk membesarkan kita…

Nota: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.

Baca: Warga Emas Tampal Iklan Cari Keluarga Angkat Kerana Tak Sanggup Mati Keseorangan di Rumah Orang Tua

1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.