in

Lelaki Dibogelkan Dan Dirompak Selepas Diajak Lakukan Seks Dengan Wanita Dikenali Dari WeChat

Page 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak kisah yang kita dengar melalui aplikasi WeChat yang rata-ratanya mengundang padah. Yelah perkenalan dengan orang tak dikenali memang la bahaya kan? Perkara yang sama turut menimpa seorang lelaki apabila dirinya diundang untuk melakukan seks oleh seorang wanita melalui aplikasi WeChat.


Wechatiphonebnet
gambar hiasan

Tragedi yang kononnya akan memberi kepuasaan kepada si lelaki bertukar menjadi ngeri apabila dirinya dipukul, dibogelkan, diperas ugut dan dirompak.

Menurut News Straits Times, setibanya lelaki tersebut di Apartmen Vina Residen, Jalan Seri Taming, dia dibawa ke sebuah bilik oleh seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an. Wanita tersebut menyuruhnya untuk mandi dan kemudian meninggalkan bilik tersebut.

Condo Sale Vina Residency Cheras Propertypricetag 1611 01 Propertypricetag@13 Crop
gambar hiasan

Bila dia membuka pintu tandasnya, dia kemudian ditangkap oleh sekumpulan lelaki dan dituduh merogol wanita tersebut. Wanita berkenaan juga mengaku atas tuduhan itu. Kasihannya. Belum sempat buat apa dah kena tuduh merogol.

Pukul
gambar hiasan

Mereka kemudian bertindak merakam dan menangkap gambar lelaki tersebut dalam keadaan bogel dan memeras ugutnya untuk membayar wang sejumlah RM 40,000.

Polis yang bertugas juga melaporkan bahawa rakan kepada lelaki tersebut menerima gambar dan video lelaki itu pada hari yang sama melalui telefonnya. Maknanya lelaki-lelaki tersebut sebarkan gambar dia la ni. Jahatnya!

Lelaki itu kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang wang dibayar kepada mereka dan dia mengalami kecederaan ringan dan kerugian wang tunai sebanyak RM 8,000.

Jabatan Siasatan Jenayah telah pun menahan lima lelaki termasuk seorang wanita berusia antara 20 hingga 25 tahun di Bandar Kinrara. Dua antara mereka disahkan positif dadah dan tiada satu pun antara mereka mempunyai rekod jenayah.

Kes ini masih disiasat di bawah Seksyen 394, Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan ketika melakukan rompakan. Macam-macam kes zaman sekarang. Ada je cara nak aniayai orang!

Baca: Remaja 15 Tahun Dirogol Beramai-ramai Oleh Sekumpulan Lelaki Dikenali Melalui WeChat

Capture 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.