in

Lelaki Dibakar Hidup-hidup Oleh Penduduk Kampung Kerana Mencuri Pembesar Suara Masjid

Featured Bakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Dibakar Hidup-hidup Oleh Penduduk Kampung Kerana Mencuri Pembesar Suara Masjid
Loading
/

Wajarkah menghukum seseorang atas kesalahannya dengan cara ekstrim sehingga meragut nyawa orang tersebut? Mungkin bagi seorang yang waras, ternyata ia tidak logik tapi lain pula yang terjadi di sebuah perkampungan ini.


Seorang lelaki yang dikenali sebagai MA didakwa mencuri tiga unit pembesar suara masjid telah dibakar hidup-hidup sehingga mati di Suka Tenang, Bekasi, Jawa Barat, lapor The Star.

Bakar 4
sumber: facebook

Lelaki yang berusia 30 tahun itu telah ditangkap penduduk kampung ketika sedang mengangkut pembesar suara tersebut pada waktu tengah hari Selasa lepas. Dia yang dikejar orang kampung lari meninggal tempat kejadian dan terjun ke dalam sungai yang memisahkan Suka Tenang dengan Kampung Muara Bakti.

Namun nasibnya tidak baik kerana setibanya di tebing sungai Muara Bakti, suspek telah ditangkap penduduk kampung yang sudah menunggunya di sana. Mereka telah memukul MA sehingga berdarah teruk sebelum menuangkan petrol ke seluruh tubuh dan membakarnya. Aduh ngerinya!

20525861 322305001557256 6320362063770204912 N
sumber: facebook
Bakar 2
sumber: facebook
Bakar 3
sumber: facebook
Bakar 1
sumber: facebook

Suspek disahkan meninggal dunia dengan 80 peratus kesan lecuran pada tubuh. Mayat seterusnya dibawa ke Hospital Polis Kramat Jati, Jakarta Timur.

Bakar 6
sumber: facebook
Bakar 5
sumber: facebook

Pun begitu, melalui satu perkongsian grup berita terkenal Indonesia di Facebook, MA bukanlah pencuri yang didakwa orang ramai dan pembesar suara yang dikatakan dicuri itu adalah milik MA sendiri. Waa betul ke ni??

Komen
sumber: getaviral

MA dikatakan singgah di masjid tersebut untuk menunaikan solat dan telah membawa barangan elektronik tersebut masuk ke dalam masjid kerana bimbang hilang. Namun penduduk kampung yang salah anggap menyangka MA mencuri lalu mengejarnya. Menurut posting itu, MA merupakan tukang servis televisyen.

Walau bagaimanapun, pihak polis menolak segala kemungkinan dan mengakui mereka mempunyai bukti yang menunjukkan MA mencuri pembesar suara masjid itu, termasuklah pengakuan dari penjaga masjid yang pertama sedar akan kehilangan barangan elektrik itu, menurut Coconuts.

20476481 322305068223916 1954203528393524765 N
sumber: facebook
20597424 322305038223919 2514827885963946952 N
sumber: facebook

Malah ahli keluarga MA juga telah menerima kenyataan bahawa suspek melakukan jenayah itu dan tidak akan mendakwa penduduk kampung yang menyerangnya serta menolak untuk melakukan autopsi.

Pun begitu, pihak polis Bekasi menasihatkan supaya orang ramai tidak bertindak melulu dengan menghukum suspek mengikut undang-undang sendiri. Siasatan ke atas kematian MA masih dijalankan dan pihak polis juga berkemungkinan tidak akan mendakwa penyerang MA kerana keluarga suspek tidak mahu membuat sebarang pendakwaan.

Kadang-kadang lebih baik tersalah ampun dari tersalah hukum. Takziah buat keluarga MA. 

Tonton video di bawah:

Baca: Lelaki Bakar Isteri Kerana Cemburu Wanita Itu Muat Naik Gambar Selfie di Facebook 

Gambar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.