in

Lelaki Cucuh Muka Isteri Dengan Bara Api Sebelum Tetak Nenek dan Bapa Mertua di Kuala Lipis

Tetak0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seseorang yang mempunyai penyakit mental sememangnya sukar diramal perlakuan dan emosi mereka. Kadang kala gembira tetapi secara tiba-tiba boleh tukar emosi menjadi marah.


Seperti seorang lelaki Orang Asli di Lipis, Pahang yang dilaporkan mengalami gangguan mental dan telah bertindak di luar kawalan sehingga menyebabkan kematian, semalam.

Menurut Harian Metro, lelaki berusia 32 tahun itu telah menyerang dan mencederakan isteri, bapa mertua dan neneknya dalam tiga kejadian berbeza pada hari yang sama di Kampung Pagar, Kuala Lipis.

Insiden pertama berlaku pada jam 8 pagi di mana suspek telah mencederakan muka isterinya yang berusia 21 tahun menggunakan bara api. Suspek melakukan perbuatan itu di rumah kakaknya sebelum ke rumah neneknya untuk meminta makanan.

Cucuh
gambar hiasan

Ketika tiba di rumah neneknya, suspek diberitahu oleh mangsa bahawa tiada makanan untuk diberi. Mangsa kemudian memberitahu hajatnya untuk membawa suspek ke rumah tok batin untuk menerima rawatan.

Berang dengan apa yang diberitahu, suspek kemudian terus mengambil parang di dalam rumah dan menetak leher neneknya itu. Warga emas tersebut dilaporkan rebah selepas ditetak sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Tetak3
sumber: facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azry Akmar Ayob, selepas itu suspek menuju ke rumah sebelum berlaku pergelutan diantaranya dan bapa mertua. Suspek yang masih sedang marah turut mencederakan lelaki berusia 56 tahun itu dengan menetak belakang badan dan lehernya menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius.

Tetak1
sumber: facebook
Tetak2
sumber: facebook

Seorang lelaki yang menjadi saksi pergelutan itu kemudian berjaya menangkap suspek dan mengikatnya sementara menunggu kehadiran polis. Polis tiba kira-kira jam 3.50 petang untuk menahannya dan siasatan lanjut kini masih diteruskan.

Tetak4
sumber: facebook

Suspek akan ditahan hingga keputusan pemeriksaan kesihatan (mental) diperoleh dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kesian mereka yang menjadi mangsa tapi tak boleh juga salahkan dia memang ada masalah gangguan mental kan…

Baca: Anak Tetak Kepala Bapa di Tawau Kerana Syak Ada Hubungan Intim Dengan Isteri

Bapa 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.