in

Lelaki Cekik Isteri Hamil Hingga Mati Kerana Sediakan Capati Tidak Berbentuk Bulat

Chapati1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang ada tahap kesabaran masing-masing dan pasti akan marah jika kesabaran mereka diuji. Namun seorang lelaki dari Jahangirpuri di India ini bukan sahaja mengamuk malah bertindak di luar kawalan atas sebab yang tidak masuk akal.


Menurut Huffington Post, seorang lelaki telah mencekik isterinya yang sedang hamil kerana capati yang dibuat wanita itu tidak berbentuk bulat, Sabtu lalu.

Capati2
gambar hiasan

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam di kediaman mereka yang terletak di kawasan Jahangirpuri, Delhi. Pasangan berkenaan dikatakan bertengkar disebabkan isu capati itu sebelum lelaki tersebut menendang perut isterinya, Simran, 22, yang sedang hamil empat bulan.

Tidak cukup dengan itu, dia kemudian mengheret anak perempuan mereka berusia empat tahun sebelum mengurung kanak-kanak itu kerana cuba menyelamatkan mangsa. Selepas beberapa ketika, lelaki itu bertindak mencekik isterinya sebelum melarikan diri.

Cekik
gambar hiasan

Mangsa kemudian ditemukan oleh abangnya dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri kira-kira jam 4 pagi, Ahad sebelum memaklumkan hal itu kepada pihak polis. Anak perempuan pasangan itu pula dijumpai di dalam sebuah bilik yang lain selepas dikurung oleh bapanya.

Pihak polis kemudian menyoal siasat kanak-kanak tersebut sejurus diselamatkan dan menurutnya, mereka bergaduh selepas bapanya berang dihidangkan capati yang tidak berbentuk bulat dibuat oleh mangsa.

“Ibu saya pandai memasak tetapi bentuk capati itu membuatkan bapa saya marah.”

Capati1
gambar hiasan

Simran kemudian digegaskan ke hospital namun disahkan meninggal dunia akibat jerutan tali di leher. Menurut Times of India, pasangan itu telah berkahwin selama lima tahun dan suami mangsa bekerja di sebuah kilang sejak dua tahun lalu selepas perniagaannya gagal.

Kes itu dilaporkan masih dalam siasatan dan pihak polis kini sedang memburu suami mangsa. Harap harap cepat kena tangkap!

Keganasan rumah tangga merupakan jenayah kekerasan terhadap wanita paling kerap dilaporkan di India setiap tahun selama lebih satu dekad. Dua minggu lalu, seorang lelaki telah ditahan selepas menembak mati isterinya hanya kerana lambat menyediakannya makanan. Apa masalah dorang ni semua.

Kalau sayang, kenapa isteri diperlakukan sebegitu. Aduhai…

Baca: Lelaki Tembak Mati Isteri di Bahagian Kepala Kerana Lambat Sediakan Makan Malam

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.