in

Lelaki Bunuh Perempuan Simpanan Kerana Berang Dibandingkan Dengan Bekas Kekasih

Jonny Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada siapa yang suka pasangan mereka membandingkannya dengan bekas kekasih. Namun, terpulang kepada individu itu untuk memberi reaksi bagaimana jika pasangan mereka membuat perbandingan tersebut, sama ada bersikap profesional atau bersikap kebudak-budakan dan ‘naik angin’.


Bagi lelaki bernama Jonny Setiawan ini, dia terlalu marah sehingga bertindak di luar kawalan dengan membunuh perempuan simpanannya. Menurut Coconuts, Jonny yang sudah berumah tangga dikatakan mempunyai hubungan sulit bersama majikannya, Fera Yusika Sumarna, 45 tahun.

Jonny
sumber: detik

Kejadian bermula berlaku apabila Jonny pada ketika itu berjumpa Fera di rumahnya untuk melakukan hubungan seks. Namun, pelawaan Jonny itu ditolak mentah-mentah oleh Fera dan mula membandingkan Jonny dengan kesemua bekas kekasihnya. Tindakan Fera itu telah membuat Jonny berang dan pergaduhan mula tercetus di antara mereka berdua.

“Selepas pergaduhan tersebut, Jonny kemudian pergi ke dapur dan mengambil pisau manakala Fera mengikutnya di belakang sambil memukul Jonny,” ujar Ketua Polis Tangerang, Harry Kurniawan.

Jonny kemudian terus menikam perempuan simpanannya itu sebelum bertindak menerkup muka wanita itu dengan bantal sehingga mati.

Tikam Pisau
gambar hiasan

Selepas membunuh wanita itu, Jonny kemudian pulang ke rumah dah kemarahannya bertambah apabila dia mendapati isterinya sedang bersama dengan lelaki lain. Sama sama curang rupanya~

“Jonny terus bertindak menikam mereka apabila melihat mereka berdua sedang bermesra.” ujar Pengarah Unit Jenayah Metro, Nico Afinta.

Isteri Jonny dan kekasih gelapnya itu kini dilaporkan berada di hospital dan disahkan berada dalam keadaan kritikal. Selepas kejadian mengejutkan itu, pihak polis akhirnya berjaya menemui Jonny yang selama ini bersembunyi di sebuah pusat keagamaan sejak mayat Fera ditemui Ahad lalu.

Jonny 2
sumber: detik

Menurut pihak polis, Jonny bakal berhadapan dengan hukuman penjara selama 20 tahun atas kesalahan yang dilakukannya. Haa amek kau!

Marah isteri curang, padahal dia pun curang…..

Baca: Isteri Jolok Cili Padi ke Dalam Kemaluan Wanita Simpanan Suami Selepas Kecurangan Terbongkar

Capture 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.