in

Lelaki Bunuh Kemudian Rogol Mayat Kekasih Selama Dua Hari Berturut-turut Kerana Cemburu

Bunuh Rogol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja yang tidak cemburu kalau tahu pasangan sendiri curang bukan? Perasaan yang sama turut dirasai oleh seorang lelaki ini tatkala mengetahui akan berita kecurangan teman wanitanya. Namun, apa yang dilakukan lelaki ini sebagai pembalasan boleh dikategorikan sebagai ekstrem apabila dia telah bertindak membunuh kemudian merogol mayat kekasihnya.


Menurut Malaysia Digest, seorang pemuda lelaki dari Surabaya, Indonesia telah bertindak membunuh dan merogol kekasihnya sendiri yang merupakan seorang janda berusia 24 tahun.

Bunuh
gambar hiasan

Kejadian dilaporkan berlaku apabila lelaki berkenaan dipercayai memendam perasaan cemburu apabila mengetahui akan berita kecurangan teman wanitanya itu.

Dek kerana tidak mampu mengawal perasaan marahnya, lelaki berkenaan kemudian bertindak mencekik leher mangsa sehingga mati sebelum mengheretnya ke sebuah gudang yang terletak berhampiran rumah mangsa.

Lebih menjijikkan lagi, lelaki berkenaan sempat melakukan aksi nekrofilia dengan merogol mayat teman wanitanya itu selama dua hari berturut-turut!

Rogol
gambar hiasan

Perbuatan terkutuk lelaki berkenaan akhirnya terbongkar apabila pemilik gudang berkenaan menemui mayat mangsa selepas tercium bau bangkai reput. Pemilik gudang tersebut terus melaporkan akan penemuan mayat itu kepada pihak polis bagi proses pengecaman.

Hanya kerana cemburu, sanggup lelaki berkenaan buat macam tu kat teman wanitanya! Tak berperikemanusiaan sungguh!

Baca: Lelaki Rogol, Tusuk Kemaluan Gadis Dengan Kayu Kerana Berang Sering Diejek

1111

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.