in

Lelaki Bunuh Jiran Untuk Makan Organ Bersama Salad Kerana Percaya Ia Dapat Panjangkan Usia

Bunuh Jiran Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Entah dari mana teori ini diperolehinya tetapi seorang lelaki baru sahaja membunuh jirannya dan mendakwa ia bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat hidup.


Seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan Sabtu lalu selepas mengaku membunuh jirannya yang berusia 79 tahun, lapor Coconuts.

Bunuh Jiran 2
sumber: coconuts

Penduduk di perkampungan Dong Suang di wilayah Bueng Karn dikatakan menjadi saksi pembunuhan mangsa bernama Tan Loon-ubon itu di rumahnya. Paere Jongthong dikatakan kerap melawat mangsa yang juga seorang warga emas dihormati di petempatan tersebut.

Lebih mengejutkan lagi, selepas berjaya ditangkap, pihak polis menemukan hati mangsa di dalam poket seluar Paere! Dia kemudian mengaku membunuh dan cuba untuk memakan hati mangsa kerana percaya bahawa dengan memakan hati manusia usianya akan lebih panjang. Teori mana dia pakai ni?

Bunuh Jiran 4
sumber: youtube

Paere turut mengaku mengambil dadah jenis methamphetamine dan marijuana sebelum mengorak langkah ke rumah Tan seperti kebiasaannya. Namun, dia mendakwa bahawa serangan itu hanya bermula selepas mangsa memberitahu bahawa dia yang membunuh bapa Paere.

“Dia beritahu saya dia bunuh bapa saya. Saya cakap tak mungkin, tapi dia tidak berhenti bercakap tentang hal itu. Saya tidak tahu mahu berbuat apa.

“Saya tikam dia dan dia menangis meminta maaf. Saya sangat marah pada ketika itu, saya tanya padanya sebanyak empat kali sama ada dia bercakap perkara yang sebenar atau tidak,” beritahu Paere kepada pihak polis.

Bunuh Jiran 6
sumber: youtube

Menurut laporan pihak polis, mangsa dijumpai mati dengan kesan tikaman di bahagian leher dan perutnya yang terbelah. Sebilah pisau dapur berukuran sembilan inci turut dijumpai berhampiran dengan badannya. Laporan bedah siasat turut mendedahkan bahawa hati mangsa telah hilang.

Ketika disoal siasat dan ditanya adakah dia berniat untuk memakan organ tersebut, Paere dengan selamba menjawab, “Ye, betul tu”. 

Bunuh Jiran 1
sumber: coconuts

Paere dikatakan berniat untuk membuat salad hati pedas kerana mempercayai bahawa memakan hati manusia akan menguatkan kesihatan dan memanjangkan nyawanya. Gilaaaaaaa!

Dia kini didakwa atas tuduhan membunuh dan bakal berdepan dengan hukuman yang setimpal.

Ngeri betul. Kalau dah amik dadah dan berhalusinasi ni memang bahaya sebab tidak sedar apa yang dilakukan.

Baca: Lelaki Bangladesh Dibunuh Kejam Kerana Rakan Iri Hati Kuih Jualan Laris di Shah Alam

Bunuh Bangla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.