in

Lelaki Bunuh 3 Anak Sebelum Gantung Diri Kerana Tertekan Dengan Masalah Kewangan

Bd12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 1 November yang lalu, V. Kamini, 38, telah ditemui mati kerana menggantungkan diri di dalam bilik di rumah miliknya. Terbaru, suaminya pula yang dijumpai menggantung diri di dalam bilik yang sama selepas membunuh tiga orang anaknya.


Menurut The Star, K. Saivarau, 48 tahun, telah menggantungkan diri selepas menekup tiga orang anaknya, S. Raghu Ram Rau, 5, S. Sashrin Rau, 6, dan S. Yamuna, 8, dengan bantal di dalam bilik rumah mereka di Perdana Heights, Sungai Petani.

Bd8
sumber: the star

Utusan melaporkan, ibu mertua Sivarau, S. Punita, 60, terjumpa mayat mereka empat beranak selepas menyedari mereka tidak turun ke bawah walaupun hari sudah siang.

Menurutnya lagi, menantunya itu berada dalam kemurungan selepas isterinya telah dijumpai menggantungkan diri di bilik yang sama 20 hari yang lalu.

Dulu saya dan Sivarau menemukan mayat anak saya, Kamini, dan hari ini, saya temukan pula mayat menantu dan cucu-cucu saya. Peristiwa ini amat menyedihkan saya.”

Bd9
sumber: utusan
Bd3
sumber: facebook

Ibu mertua mangsa dikatakan tinggal sekali dengan mereka selepas anaknya membunuh diri bagi menjaga cucu-cucunya. Kata Punita lagi, kali terakhir dia bercakap dengan menantunya ialah pada jam 8.30 malam sebelum mereka ke bilik untuk tidur.

Walau bagaimanapun, dia terjaga pada awal pagi kerana terdengar cucu-cucunya menjerit. Sivarau turun ke bawah dan memberitahu anak-anaknya hanya mengalami mimpi ngeri sebelum naik semula ke atas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al-Athrash Wahid yang menyiasat kes ini memberitahu Mstar bahawa mangsa dipercayai membunuh diri kerana mempunyai masalah kewangan.

Bd2
sumber: facebook
Bd1
sumber: facebook

Anak sulung mangsa daripada hasil perkahwinan pertama memberitahu dia ada bertemu dengan bapanya dan memberitahunya bahawa dia berasa sedih, namun, tidak memberitahu sebabnya.

Saya tidak tahu sebab ayah sedih. Saya difahamkan kesemua adik juga sudah seminggu tidak ke sekolah selepas ibu mereka meninggal dunia 20 hari lepas.”

Kesemua mayat telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk dibedah siasat dan buat masa ini, kematian mereka diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Baca: Anak Rancang Bunuh Diri Dengan Bapa di Genting Highlands, Tapi Biar Ayah Mati Keseorangan

Bd7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.