in

Lelaki Buat 7 Prosedur Pembedahan di Malaysia, Meninggal Tak Sampai Seminggu!

S1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pembedahan plastik merupakan prosedur yang seringkali kita dengar dilakukan di negara-negara seperti Korea Selatan dan Thailand. Mungkin kerana tekonologi pembedahan plastik yang lebih maju di negara-negara tersebut, ramai individu yang memilih untuk menjalankan pembedahan plastik di sana.


Pun begitu, seorang lelaki berusia 31 tahun dari Australia telah menjadikan Malaysia sebagai lokasi pilihan untuk menerima pembedahan plastik, lapor WORLD OF BUZZ. Menurut satu laporan dikeluarkan oleh sebuah laman berita Australia ABC News, ramai terkejut kerana lelaki bernama Leigh Aiple itu telah membayar sejumlah RM109,270 untuk menjalani pakej pembedahan plastik di sebuah klinik di negara ini.

S2 1
gambar hiasan

Lelaki tersebut telah menjalani tujuh prosedur termasuklah pembedahan mengempiskan perut, rawatan sedut lemak, pembedahan menegangkan mata, pembedahan dagu, prosedur menegangkan paha, mengkonturkan dada dan memasukkan filler di bibir. Kesemua pembedahan tersebut dilakukan dalam tempoh 5 hari sahaja!

Leigh yang dilepaskan dari hospital lima hari selepas pembedahan itu dibenarkan pulang ke negara asalnya. Namun, lelaki tersebut dilaporkan meninggal tidak sampai 24 jam selepas tiba di Melbourne!

Atas permintaan ibu Leigh, pihak berkuasa telah menyiasat rawatan yang diterima lelaki berkenaan sewaktu di Malaysia dan mendapati bahawa pusat rawatan tersebut tidak menepati piawaian Australia.

S4 1
sumber: abc news

Menurut presiden Australian Society of Plastic Surgery dan bekas ketua bedah plastik Royal Melbourne Hospital, Profesor Mark Ashton, beberapa pembedahan yang dilakukan ke atas Leigh sepatutnya tidak dijalankan jika dia berada di Australia. Tambahan pula, penjagaan selepas pembedahan yang diterima Leigh didakwa ‘sangat tidak mencukupi’.

Berdasarkan laporan yang diberikan pihak berkuasa, luka lelaki tersebut terbuka dan mengeluarkan bendalir selepas bembedahan. Penjaga juga mendapati bahawa cadar di bilik hotel lelaki tersebut dipenuhi dengan darah. Ibu mangsa memaklumkan bahawa Leigh mengalami kesakitan yang teruk selepas mendapatkan prosedur itu.

“Dia tak boleh bergerak, tak boleh berdiri atau bergerak daripada katil selepas pembedahan yang pertama. Dia beritahu saya yang dia muntah-muntah dan jantungnya berdegup kencang,” kata ibu Leigh.

S3 1
sumber: daily mail uk

“Saya terkedu melihatkan keadaan luka anak saya yang masih terdedah sehingga saya boleh nampak apa di dalam.”

Keesokan pagi selepas tiba di Melbourne, lelaki tersebut dijumpai tidak sedarkan diri di katilnya. Leigh didapati meninggal dunia tidak lama selepas itu berkemungkinan disebabkan darah beku yang bergerak daripada kaki ke paru-parunya. Lebih mengejutkan, hasil autopsi menunjukkan bahawa darah beku tersebut muncul sewaktu Leigh masih berada di klinik.

Berikutan hal ini, presiden Australian Society of Plastic Surgery menekankan bahawa pembedahan yang dilakukan di luar negara mempunyai risiko tersendiri dan tiada jaminan terhadap piawaian yang ditetapkan.

S5 1
sumber: daily mail uk

“Dalam kes ini, piawaian yang digunakan adalah piawaian Malaysia. Tetapi kualiti piawaian itu tidak sama jika dibandingkan dengan piawaian yang digunakan di Australia. Syarikat-syarikat ini lebih pentingkan keuntungan daripada nyawa pesakit,” kata seorang peguam kecuaian perubatan.

Walau bagaimanapun, pakar bedah yang menjalankan prosedur tersebut ke atas Leigh memberitahu bahawa lelaki itu telah dimaklumkan dengan semua prosedur yang akan diterima, rawatan selepas pembedahan dan segala risiko yang bakal diterima.

Cita-cita Leigh mahu mengubah penampilan diri menjadi lebih elok nampaknya tidak kesampaian walaupun telah membuat banyak pembedahan. Seelok-eloknya gunakanlah cara yang sihat seperti mengamalkan pemakanan seimbang dan bersenam untuk mengubah penampilan diri.

Baca: Perubahan Mengejutkan Anak Menjadi Kacak, Ibu Menangis Kerana Hampir Tidak Kenal

Gig

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.