in

Lelaki Buang Kelengkapan Mencuri Atas Jalan Raya Elak Ditangkap Polis, Tiba-tiba Motor Habis Minyak

Page1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pencuri menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan bukti dan peralatan yang digunakan sewaktu mencuri. Pun begitu, tidak semua pencuri berjaya menghapuskan bukti jenayah yang dilakukan. Inilah dilakukan oleh seorang pencuri di Segamat yang cuba untuk menghapuskan bukti perbuatannya daripada dijumpai pihak berkuasa.


Menurut Harian Metro, seorang lelaki dipercayai telah membuang pelbagai kelengkapan mencuri miliknya ketika sedang melarikan diri. Dalam kejadian jam 5 petang itu, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Segambut sedang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum melihat suspek dalam keadaan mencurigakan. Pihak polis mengarahkan lelaki tersebut untuk berhenti namun tidak diendahkannya.

S1
sumber: harian metro

Mengelakkan daripada dijadikan bahan bukti, lelaki berusia 25 tahun tersebut membuang peralatan seperti spanar, gunting besi, pemutar skru dan tukul besi daripada raga motornya sehingga berselerak di atas jalan raya. Tidak sempat melarikan diri lebih jauh, malangnya motosikal yang dinaiki kehabisan minyak!

Lelaki tersebut dikatakan hanya mampu melarikan diri hampir satu kilometer sahaja sebelum berjaya diberkas anggota JSJ. Motosikal yang ditunggang suspek pula didapati telah dilaporkan hilang di sekitar Segamat beberapa minggu yang lalu.

“Bagaimanapun, lelaki itu hanya mampu melarikan diri hampir satu kilometer apabila motosikalnya kehabisan minyak sebelum diberkas anggota JSJ berkenaan,” kata Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat.

S22
sumber: harian metro

Setelah berjaya ditangkap, suspek dikatakan memberikan satu alasan yang agak lucu dan mungkin tidak logik sama sekali kepada pihak polis. Aduhai!

“Suspek memberikan alasan terpaksa membuang kesemua peralatan di atas jalan raya kerana mahu mengurangkan berat dengan harapan motosikal ditunggangnya lebih laju.”

Pun begitu, Raub menegaskan bahawa mereka percaya bahawa semua peralatan itu digunakan suspek untuk memotong mangga dan rantai keselamatan tambahan motosikal sebelum mencurinya. Pemeriksaan juga mendapati suspek adalah warga tempatan dan memiliki beberapa rekod jenayah narkotik dan positif dadah jenis heroin.

Sudahlah terang-terangan melarikan diri daripada pihak polis, tiba-tiba boleh pulak motor habis minyak!

Baca: Perompak ‘Baik Hati’ Kembali Ke Kedai, Pulangkan Simcard Lepas Curi Telefon Pekerja

Gaga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.