in

Lelaki Bina Badan Selepas Dihina Gemuk, Kini Kekasih Mahu Kembali ‘Couple’

Sado10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengubah penampilan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan juga wang. Selain itu, seseorang individu memerlukan motivasi bagi memastikan matlamat perubahan penampilan dapat dicapai.


Terbaru, seorang lelaki bernama Ken mendapat motivasi untuk mengubah penampilannya selepas dihina gemuk oleh kekasih, lapor WORLD OF BUZZ.

Sado4
sumber: instagram

Kisah seorang lelaki dari Thailand ini menjadi tular kerana transformasinya yang membuatkan orang ramai ternganga! Ken telah berubah daripada seorang yang berisi kepada lelaki yang sado.

Sado3
sumber: instagram

Ken mengubah penampilan setelah kekasihnya pada waktu itu memanggilnya gemuk dan mengatakan bahawa Ken tidak mungkin akan mempunyai 6 packs. Kekasihnya juga meninggalkannya untuk bersama dengan lelaki lain yang mempunyai badan yang sasa.

Sejak itu Ken mula berusaha keras bagi membuktikan tanggapan kekasihnya itu salah! Menerusi gambar di Instagram milik Ken, terbukti tanggapan kekasihnya salah sama sekali salah kerana Ken telah berjaya menurunkan 10kg dalam masa 4 bulan sahaja dan badannya menjadi semakin sado. Terbaik beb!

Sado5
sumber: instagram
Sado1
sumber: wob

Dengan badan sado sebegitu, bekas kekasihnya telah menghubungi Ken semula dan ingin kembali kepadanya. Oh, dan dan lah nak balik eh!

Tetapi malang bagi bekas kekasihnya itu kerana Ken tidak bercadang untuk kembali kepada orang yang telah menghina dan membuatnya patah hati sebelum ini.

Saya takkan lupa apa yang dia telah katakan kepada saya!”

Sado2
sumber: instagram

Transformasi Ken yang menjadi perhatian ramai telah memberi inspirasi kepada orang lain untuk memperbaiki bentuk badan mereka untuk menjadi sado. Ken kini  merupakan seorang model dan sedang menjinakkan diri dalam bidang lakonan.

Hebatlah betapa patah hati dan penghinaan dari orang yang tercinta dapat memberi motivasi kepada seseorang untuk membuat tranformasi sebegitu rupa.

Baca: “Kau Pakai Topeng Apa Ni? Buruk Sial” – Lelaki Ini Luah Rasa Terkilan Rupa Paras Dicaci dan Dihina

Sado6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.