in

Lelaki Beronani dan Cabul Patung Mannequin di Kedai Pakaian Dalam Wanita

M
Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Beronani dan Cabul Patung Mannequin di Kedai Pakaian Dalam Wanita
Loading
/

Patung mannequin sering kita lihat di setiap kedai pakaian di pusat membeli belah. Patung-patung itu dipakaikan satu persalinan lengkap mengikut trend fesyen terkini, mesti buat kita rasa nak beli je!

Namun, lain pula cerita bagi seorang lelaki ini, hanya melihat patung mannequin perempuan bogel sudah mampu menaikkan nafsunya. Sebuah rakaman CCTV tersebar di Facebook baru-baru ini menunjukkan lelaki berkenaan mencabul patung itu.

Lelaki tersebut dirakam memandang kawasan sekeliling untuk memastikan tiada siapa yang menyaksikan aksi lucahnya. Tapi dia lupa ada CCTV, kantoi dah kau!

M1

Video yang dirakamkan di sebuah kedai pakaian dalam wanita itu membuatkan ramai netizen seperti tidak percaya dengan tindakan lelaki itu menjilat buah dada patung berkenaan sambil beronani. Whaaaatttttt?

M2

Video berdurasi 1 minit itu merakamkan aksi lelaki berkenaan melakukan ‘perbuatan’ tersebut terhadap patung tersebut sehingga selesai.

Selepas selesai dengan urusannya, lelaki berkenaan turut dirakam menjilat tangannya yang dipenuhi air mani sebelum berjalan keluar dari kedai itu seperti tiada apa yang berlaku.

M4

Seorang pengawal keselamatan dilihat tiba di kawasan itu, mungkin diberitahu oleh pekerja lain di kedai berdekatan tentang lelaki berkenaan. Lelaki itu pula terus berlalu pergi sebelum sempat ditegur pengawal tersebut.

M3

Lokasi dan identiti lelaki berkenaan tidak dapat dikenal pasti namun netizen meninggalkan komen menghentam tindakannya dan turut berkata bahawa lelaki itu seharusnya dikurung kerana sikap miangnya akan membahayakan semua kaum Hawa di luar sana jika beliau dibiarkan bebas begitu.

Apa nak jadi dengan dunia sekarang? Baru-baru ini seorang wanita disimbah air mani oleh lelaki muda di pasar raya dan lelaki berkenaan berjaya ditangkap sebelum laporan polis dibuat.

Tonton video penuh di bawah ini:

Amaran: Kandungan mengandungi aksi melampau