in

Lelaki Beri RM4 dan Paksa Dua Anak Sepupu Buat Aksi Seperti Dalam Video Lucah

Lucah Featured

Sebagai seorang individu yang lebih dewasa, seseorang itu seharusnya menjaga dan mengajar kanak-kanak perkara yang baik. Namun, seorang lelaki berusia 29 tahun ini bukan berbuat sedemikian sebaliknya memaksa dua kanak-kanak melakukan aksi tidak senonoh untuk tatapannya.

Menurut Malay Mail, dua kanak-kanak lelaki telah dipaksa melakukan aksi lucah kepada sepupu ibu mereka. Kanak-kanak berusia 9 dan 10 tahun itu telah dipaksa melakukan aksi seperti dalam rakaman video lucah yang ditunjukkan lelaki tersebut.

Aksi Lucah
gambar hiasan

Kejadian berlaku di sebuah bilik di kediaman keluarga kanak-kanak itu di Kampung Sungai Buloh dekat Sungai Siput kira-kira jam 10 pagi ketika kedua ibu bapa mereka bekerja.

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga dilaporkan telah memberikan dua beradik berkenaan wang sebanyak RM4 sebagai umpan agar kanak-kanak itu tidak mendedahkan perbuatannya kepada ibu bapa mereka!

Ringgit
gambar hiasan

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Datuk Gan Tian Kee, ibu mangsa bagaimanapun membuat laporan polis selepas mengetahui tentang insiden yang menimpa anak mereka itu.

Menurut Berita Harian, dua beradik itu telah dibawa ke Hospital Sungai Siput untuk pemeriksaan dan tiada kecederaan dilaporkan pada tubuh mereka.

Hospital
gambar hiasan

Polis telah menahan suspek dan kini direman selama empat hari mulai semalam untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 14(b) dan Seksyen 15 Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017.

Bukannya jaga budak-budak tu, lagi diajar yang bukan bukan pulak. Sepupu sendiri pun tak boleh nak harap!

Baca: ‘Doktor’ Gila Seks Perdaya Tiga Wanita Mengandung Melakukan Perbuatan Lucah Untuk Puaskan Nafsunya

Doktor