in

Lelaki Berhati Mulia Kongsi Kisah Mengapa Dia Jual Keretanya Dengan Harga 10 Sen

Local Social Activist Connects Kind Man To Needy Family Who Sold His Car For Only 10 Sens World Of Buzz 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan Kuan Chee Heng? Aktivis sosial terkenal dengan membantu golongan memerlukan dan turut mewujudkan ‘Pasar 10 sen’ yang menjual barangan atau peralatan keperluan harian bagi mereka yang tidak berkemampuan.


Namun salah satu daripada usaha Kuan tular selepas dia menghubungkan seorang insan yang berhati mulia dengan sebuah keluarga yang susah pada Oktober tahun lepas.

Local Social Activist Connects Kind Man To Needy Family Who Sold His Car For Only 10 Sens World Of Buzz
sumber: fb kuan lee cheng

J Senthil Kumar, seorang pengalisis saham yang ingin menjual Proton Iswara miliknya selepas membeli sebuah kenderaan baru. Namun niatnya itu terbantut apabila dia mendapat tahu bahawa keretanya itu hanya mampu dijual pada harga RM2,000 sahaja.

Local Social Activist Connects Kind Man To Needy Family Who Sold His Car For Only 10 Sens World Of Buzz 2
sumber: fb kuan chee heng

Kumar kemudian membuat keputusan untuk tidak menjual kereta tersebut selepas penjual kereta yang dijumpainya meletakkan harga sebegitu.

Sebenarnya saya juga masih teragak-agak untuk menjualnya kerana kereta yang berusia 14 tahun ini banyak berjasa kepada saya termasuklah pada zaman kolej dulu.”

Oleh sebab itulah saya terfikir untuk mendermakannya kepada mereka yang lebih memerlukan dari saya.”

Disebabkan hasrat murninya itu, seorang sahabat telah mencadangkan Kumar untuk memberikan kenderaan tersebut kepada Kuan yang mungkin dapat membantunya mencari mereka yang benar-benar memerlukan sebuah kereta. Kumar kemudian diperkenalkan oleh Kuan dengan seorang ibu tunggal yang akhirnya menjadi pemilik bertuah kepada kenderaan tersebut.

Local Social Activist Connects Kind Man To Needy Family Who Sold His Car For Only 10 Sens World Of Buzz 3
sumber: fb kuan chee heng

Rohaya Md Isa telah kehilangan suaminya tujuh tahun lalu dan sedang bertarung dengan penyakit kanser. Dia mempunyai lima orang anak dan tinggal di sebuah flat kos rendah.

Menurut Rohaya,

Sebelum ini kami hanya naik motosikal dan terpaksa berpanas dan berhujan jikalau hendak ke mana-mana. Tapi kini kami sudah ada kereta, kami boleh bergerak dengan lebih selesa.”

Pada awalnya, Rohaya sama sekali tidak tahu gerangan insan yang mendermakan kereta tersebut kepadanya sehinggalah dikenalkan oleh Kuan.

Saya bersyukur dan amat terkesan dengan kebaikan hatinya. Saya juga baru dapat tahu yang dia berlainan bangsa dari kami, namun dia seorang yang baik dan murah hati dalam membantu kami sekeluarga. Terima kasih sangat-sangat.”

Inilah yang dinamakan semangat Satu Malaysia!

Local Social Activist Connects Kind Man To Needy Family Who Sold His Car For Only 10 Sens World Of Buzz 4
sumber: fb kuan chee heng

Selain itu, Kumar turut memastikan kenderaannya masih dalam keadaan baik sebelum diberikan kepada Kuan. Proton Iswara itu telah diservis terlebih dahulu dan ditukar baterinya supaya pemilik baru kenderaan tersebut tidak akan berhadapan dengan sebarang masalah apabila menggunakannya kelak.

Jika dia Melayu sekalipun saya tak kisah, saya tetap akan membantu mereka yang memerlukan. Saya pun baru tahu yang dia seorang ibu tunggal selepas melihat di akaun media sosial Kuan.”

Menurutnya lagi, jika kita mempunyai niat untuk membantu seseorang, tidak perlulah memandang atau memilih dari segi bangsa dan agama mereka. Sebaliknya, anggaplah ia satu pertolongan dari seorang manusia kepada seorang manusia yang lebih memerlukan.

Kita patut melihat orang lain hanya sebagai seorang manusia biasa dan bukannya dikenali dari segi bangsa, agama atau kepercayaan mereka.”

Dia juga percaya bahawa pemikiran dan persepsi seseorang itu sepatutnya diubah jika mahu rakyat Malaysia bersatu. Setuju sangat!

Pada awalnya Kumar memang berniat untuk memberi kenderaan tersebut secara percuma tetapi akhirnya memutuskan untuk menyimpan 10 sen yang diterimanya itu sebagai kenang-kenangan

Inilah sifat kemanusiaan yang kita mahu! Tanpa mengira bangsa dan agama, kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Satu Malaysia!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.