in

Lelaki Berang dan Pukul Isteri Kerana Tidak Mahu Bersetubuh Ketika Haid

Pukul Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang suami seharusnya memahami dan bertolak ansur dengan isteri dalam pelbagai aspek termasuklah dalam hal hubungan kelamin. Namun seorang lelaki dari Kelantan ini, bukan sahaja tidak memahami malah turut mengasari isterinya kerana tidak dapat memuaskan nafsunya.


Menurut Sinar Harian, seorang tukang emas telah dihadapkan di mahkamah majistret kerana didakwa memukul isterinya yang enggan melakukan hubungan seks bersamanya.

Lelaki yang berusia 49 tahun itu dikatakan telah mengajak isterinya untuk bersetubuh pada 22 Julai lalu kira-kira jam 7 pagi di sebuah rumah di Taman Impiana, Pengkalan Chepa.

Seks
gambar hiasan

Wanita berusia 44 tahun itu bagaimanapun sedang dalam keadaan tidak bersih kerana datang bulan menyebabkannya menolak ajakan suami untuk bersama.

Hal tersebut menyebabkan pasangan itu bertengkar sebelum lelaki tersebut bertindak memukul isterinya. Mangsa yang bekerja sebagai pembantu pra sekolah dilaporkan mengalami lebam pada pipi dan tangan kiri bengkak selain sakit seluruh tubuh.

Pukul1
gambar hiasan

Ibu kepada dua anak itu kemudian membuat laporan polis dan tertuduh telah dihadapkan ke mahkamah semalam. Lelaki itu pada mulanya mengaku bersalah namun menukar pengakuan selepas mendengar hukuman penjara mandatori yang diperuntukkan.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Lelaki
sumber: sinar harian

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah dan dikenakan ikat jamin RM1,500 dengan syarat tidak mengganggu mangsa.

Pasangan itu telah berkahwin selama 19 tahun dan dikurniakan dua anak, namun mangsa pernah diceraikan dua kali sebelum rujuk semula kerana punca yang sama.

Takkan time datang bulan pun nak bersetubuh. Cuba lah sabar sikit, bukannya lama pun haid tu.

Baca: “Suami menderita penderaan emosi dan psikologi jika isteri enggan berhubungan seks,” – Ahli Parlimen Setiu

Chec

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.