in

Lelaki Bengang Disaman Polis Hanya Kerana Letak ‘Sun Shade’ Pada Cermin Kereta

Sunshade

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti semua sedia maklum, pemasangan cermin gelap pada kenderaan haruslah mematuhi undang-undang yang mana hanya 70% dan 50% jumlah ketelusan cahaya yang dibenarkan bagi cermin hadapan, belakang dan sisi kereta.


Namun wajarkah jikalau pemandu itu ditahan hanya kerana meletakkan ‘sun shade’ pada cermin kenderaan? Aik letak sun shade pun salah ke?

Melalui perkongsian Raymond Lee di laman Facebook, dia menceritakan kembali perbualannya ketika ditahan polis di tengah jalan.

“Selamat petang encik. Apa salah saya kena tahan?” tanya Raymond.

“Cermin gelap,” jawab pegawai polis itu ringkas.

Raymond yang kurang bersetuju dengan kesalahan yang dinyatakan pegawai itu menjelaskan bahawa cermin keretanya bukanlah tinted, namun hanya menggunakan sun shade untuk mengelakkan silau cahaya matahari.

Pun begitu, pegawai tersebut masih berkeras dan berkata,

“Tak kiasahlah, salah juga.” 

“Salah apa pula encik? Barang ni saya beli dekat Mr DIY,” jelas Raymond tidak berpuas hati.

21314765 10208969764632860 3235785855038996085 N
sumber: facebook

Pegawai polis itu menjawab ringkas, “Tampal sesuatu pada cermin.” 

Raymond yang mendengar jawapan itu terdiam tidak tahu menjawab apa-apa. Maknanya memang tidak boleh lekat apa-apakah pada cermin walaupun kegunaannya untuk keselesaan pemandu?

So apa macam bos?” tanya pegawai itu lagi seakan-akan berharap sesuatu.

“Kalau encik kata salah bagi saman sajalah apa lagi? Saya anti rasuah encik,” kata Raymond terus terang.

Seperti tiada cara lain untuk memujuk Raymond, pegawai polis itu hanya diam dan mengeluarkan saman. Pada surat saman tersebut jelas tertulis kesalahannya, ‘Tampal suatu pada cermin’.

21462451 10208969766272901 2497683574819003373 N
sumber: facebook

Perkongsian tersebut jelas sekali mendapat kritikan serta kecaman dari netizen terhadap pegawai polis itu yang rata-rata mengatanya ‘korup’ itu.

Sun Shade Punya Pasal
sumber: facebook

Pun begitu, terdapat juga komen dari netizen yang menyatakan sebenarnya lelaki tersebut telah memfitnah pegawai polis itu dan memang patut saman dikeluarkan kerana kenderaan tersebut memakai cermin hitam. Eh kantoi ke?

Cermin Gelap
sumber: friends of pdrm
21430065 10212257885417165 1191869624546749177 N
sumber: friends of pdrm

Walau apapun, sentiasa patuhilah undang-undang jalan raya. Ini pun untuk kebaikan kita juga. Kalau benar lelaki itu bersalah, lebih baik henti memfitnah. Tapi kalau pegawai polis itu yang bersalah, moga pegawai atasan mengambil tindakan ke atasnya. 

Baca: Polis Trafik Dirakam Terima Rasuah Ketika Berjabat Tangan Degan Lelaki Yang Ditahan

Rasuah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.