in

Lelaki Belasah Isteri Kerana Hidangkan Lauk Yang Sudah Sejuk

Hit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dekat Melbourne orang duk cerita pasal lelaki melamar teman wanita wanita mereka semasa konsert Coldplay, di Malaysia pula ada cerita pasal suami pukul isteri kerana alasan yang paling pelik sekali…


Seorang wanita baru-baru ini dibelasah oleh suaminya sendiri di kediaman mereka di Kampung Jagus Lambir, Miri, Sarawak.

Sebelum kejadian, suspek yang juga seorang penternak ayam dihidangkan makanan oleh mangsa lebih kurang jam 4 petang pada Ahad yang lalu. Namun, beliau bertindak memukul isterinya kerana lauk yang dihidangkan sudah sejuk! Eh dia niii….

Community What Confused Really Seriously

Ketika mangsa mahu memberikan lauk yang dimasak itu kepada anjing (mungkin kerana suaminya tidak mahu menjamah), lelaki tersebut marah lalu memukul mangsa berkali-kali menggunakan tali pinggang dan rotan.

Masak Asin Kartun Ok
gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat, mangsa yang berusia 34 tahun itu cedera di beberapa bahagian badan selepas dipukul suaminya yang berusia 33 tahun.

“Mangsa yang juga seorang suri rumah mengalami kesan lebam dan calar akibat dirotan dan dipukul di kaki, tangan dan seluruh badan,” katanya

Menurut Khoo lagi, “Mangsa sering dipukul suspek.” Kaki pukul rupanya…

Kes sedang dalam siasatan pihak polis dan suspek kini ditahan reman selama 3 hari sehingga Khamis ini.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.