Lelaki Belasah Bapa Berusia 71 Tahun Hingga Terima Tujuh Jahitan Gara-gara Bengang Ditegur

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Macam-macam kes derhaka terhadap ibu bapa yang kita dengar sejak akhir-akhir ini. Kalau dulu ibu bapa boleh menatang kita seperti minyak yang penuh, kenapa kini kita tidak boleh membalas jasa mereka dengan cara yang sama? Seolah-olah perkataan hormat itu sudah lenyap dari muka bumi ni, kan? 

Hal ini seperti kes yang berlaku di Kampung Belakang Masjid Sungai Limau, apabila seorang anak lelaki tergamak untuk memukul ayahnya sendiri yang berusia 71 tahun. Kenapa kurang ajar sampai macam tu sekali?

Menurut Sinar Harian, bapanya telah menerima tujuh jahitan akibat insiden yang berlaku pada Rabu lalu.



Sumber: Sinar Harian

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.40 petang itu, suspek yang berusia 38 tahun dikatakan sedang duduk di pintu belakang rumah. Mangsa yang mahu keluar dari rumah untuk beri makanan kepada ayam telah meminta anaknya untuk mengubah kedudukan supaya memberi laluan kepadanya untuk berjalan.

Berang dengan teguran ayahnya itu, anaknya kemudian bangun dan menumbuk muka mangsa beberapa kali. Kejamnya. Kenapa buat macam itu kat bapa sendiri?

Gambar Hiasan

Si ayah yang tidak mampu melawan tindakan anaknya kerana faktor usia cedera teruk dan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Yan untuk merawat luka di muka dan keningnya. Alahai…

Laporan polis telah pun dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan berhubung kes itu. Pihak polis berjaya menahan suspek dan hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah. Padanlah! Mesti tengah khayal waktu tu. Sebab tu tak boleh fikir!

Suspek kini direman di mahkamah Majistret Yan dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 323/18A.



Sayangilah ibu bapa kita. Jangan menyesal bila dah tak ada nanti! 

Baca: Lelaki Belasah Bapa Tiri di Surau Kerana Tidak Suka Warga Emas Itu Menikahi Ibunya

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Nabilla Raihan

Seorang yang ambivert dan kreatif dari segi penulisan dan lukisan. "On time" dan "goal driven" adalah moto yang sering diketengahkan gadis ini.