in

Lelaki Bangladesh Dibunuh Kejam Kerana Rakan Iri Hati Kuih Jualan Laris di Shah Alam

Bunuh Bangla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mudahnya manusia terpengaruh dengan hasutan syaitan! Dek kerana dendam dan iri hati akan kejayaan seseorang, tergamak seorang lelaki membunuh rakannya sendiri. Haih sesuka hati je bunuh orang macam bunuh ayam! 


Menurut MMO, seorang lelaki warga Bangladesh telah dibunuh dengan kejam oleh rakan senegaranya hanya kerana iri hati akan jualan kuih tradisionalnya tidak selaris jualan kuih mangsa. Sebab kuih je pun! 

Bangla 1
sumber: bh

Mangsa yang berumur dalam lingkungan 30-an itu difahamkan telah menjalankan perniagaan menjual sejenis kuih tradisional yang berasal dari Bangladesh dekat Seksyen 27, Shah Alam.

Suspek yang turut menjalankan perniagaan yang sama berasa tidak senang hati apabila kuih yang dihasilkannya tidak mendapat sambutan yang baik seperti kuih buatan mangsa. Didorong rasa iri hati dan cemburu, suspek telah memanggil mangsa datang ke rumahnya di Taman Bunga Negara pada Khamis lepas, kira-kira jam 11 pagi dan membunuh mangsa.

Mayat mangsa kemudian dibuang di longkang dengan bantuan seorang lagi suspek pada jam 1.30 petang pada hari yang sama.

Bangla 2
sumber: mmo

Misteri kehilangan mangsa secara tiba-tiba akhirnya terbongkar apabila salah seorang rakan mangsa bertemu dengan majikan warga Bangladesh tersebut dan memberitahu bahawa rakannya telah dibunuh dua suspek berkenaan, lapor Berita Harian.

Majikan mangsa kemudian bertindak bersemuka dengan suspek dan bertanyakan tentang hal tersebut, namun kedua-dua suspek tidak mengaku dan mereka akhirnya dibawa ke Balai Polis Alam Megah, Seksyen 28 untuk disoal siasat.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat, mangsa mati akibat kecederaan di kepala yang dihentak dengan penukul. Mayat mangsa juga telah ditetak, dilipatkan, dan dibungkus dengan guni sebelum dibuang ke dalam longkang dekat hadapan Masjid Baitul Mahabbah.

Bangla 3
sumber: mstar

Suspek kini berada di bawah tahanan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jangan biarkan rasa iri hati, dendam dan amarah menguasai diri. Tak pasal-pasal nyawa yang tak bersalah pergi dengan begitu sahaja…

Baca: Wanita Bunuh Bomoh Kerana Tidak Puas Hati Rawatan Tak Berkesan Setelah Bayar RM47,457

Bomoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.