in

Lelaki Arab Mengaku Pandai Rawat Penyakit Tetapi Didakwa Gila Seks dan Perdaya Wanita

Habibi Habibi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelbagai cara yang boleh seseorang lakukan kalau sudah berniat untuk menipu. Ada yang menyamar menggunakan pelbagai identiti dan tak kurang pula yang sanggup menjual agama untuk penipuan.


Melalui perkongsian Mohamad Bohari di laman Facebook, dia telah berkongsi suatu kejadian yang menimpa anak saudaranya yang membuatkan golongan agama seperti para habib dan syeikh terkena tempiasnya.

Berikut apa yang dikongsikannya:

“Beberapa hari lepas, kakak saya bertanya saya adakah saya mengenali Al Habib Abu Umar. Saya katakan tidak kenal. Kalau Habib Umar saya kenal dan maklum.”

“Saya tanya kenapa dgn dia? Namun kakak saya tidak memberitahu dan seperti menyembunyikan sesuatu.”

Pun begitu pada 29 Julai lepas, kisah yang sebenar terbongkar. Naluri keibuan kakaknya telah mengesan suatu keanehan dari sikap yang ditonjolkan anaknya.

“Dipendekkan cerita, anak buah saya (anak kakak) disapa di Facebook oleh lelaki ini, taktiknya licik, dia memancing wanita naif yang cenderung kepada hal agama (untuk menjadi wanita solehah). “

Menurut Bohari, lelaki tersebut bergaya seperti seorang ulama, memakai jubah dan serban serta menggunakan gelaran ‘al-habib’.

20525266 1620894214649541 3106055300527310108 N
sumber: facebook
20476272 1620900084648954 6510685084393518467 N
sumber: facebook

Modus operandi golongan ini ialah dengan meminta gambar secara dekat mangsa bertujuan untuk melihat sama ada mangsa mempunyai penyakit (rohani atau fizikal). Namun gambar tersebut akhirnya akan digunakan untuk sihir atau pukau!

Haih jenis macam ni pun ada ke? Merosakkan imej habib-habib saja!

Anak saudara Bohari baru saja mengenali lelaki tersebut selama dua minggu. Namun dia dengan mudahnya telah mengikut arahan lelaki tersebut yang kononnya menyuruh dia berpuasa dan datang bertemunya di Masjid Wilayah dengan tujuan untuk mendapat keberkatan apabila bertemu di masjid. Ceh! 

Dari pertemuan di masjid tadi, anak saudaranya dibawa ke restoran makanan Arab yang mewah di Sri Hartamas dan terus ke rumahnya. Tu diaa habib! 

Bayangkan, anak buah saya ni bukan jenis berani berjalan berseorangan apalagi dalam jarak yang jauh Penang-Gombak. Bila saya tanyakan kenapa sampai berani macam tu, dia seolah dipukau dan fikirannya kosong.”

Walau bagaimanpun, syukurlah anak saudara Bohari tidak diapa-apakan kerana dia sempat keluar dari rumah syeikh tersebut pada esoknya tanpa disedari lelaki tersebut.

Risau dengan keadaan gadis itu, ibu kepada mangsa telah membawa anaknya ke Pusat Rawatan Darussyifa’. Nombor telefon gadis itu juga telah ditukar dan mereka harus berjaga-jaga kerana gambar keluarga dan alamat rumah sudah diberikan kepada lelaki tersebut.

Malah anak saudaranya juga pernah diugut untuk merahsiakan perhubungan mereka dari pengetahuan orang lain.

Demi untuk mengumpul bukti yang bakal dihadapkan ke pengadilan, Bohari telah menyamar untuk menjadi rakannya, dan berhubung melalui WhatsApp. Berikut screenshot dari perbualan mereka berdua:

20431221 1620892754649687 5790364838567133048 N
sumber: facebook
20375905 1620893121316317 7838837144225953509 N
sumber: facebook
20429871 1620893361316293 2560024989476793034 N
sumber: facebook
20479990 1620893614649601 958323203380831863 N
sumber: facebook
20476216 1620893881316241 5670309876232650270 N
sumber: facebook

Berbelit-belit habib ni cakap!

“Sesuatu yang jijik dibuat atas nama agama untuk memperdaya dan mengambil kesempatan ke atas wanita. Menggunakan ayat Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW,” kata Bohari.

Malah lebih mengejutkan, lelaki itu juga mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pemimpin-pemimpin Malaysia. Dia juga pakar dalam merawat penyakit berkaitan makhluk halus sehingga penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza juga pernah bertemu dengannya untuk mendapatkan ikhtiar zuriat. Biar betul?? Ye ye je pak arab ni! 

20429727 1620894864649476 1005561539362078845 N
sumber: facebook
562463 444011009017656 308365543 N
sumber: facebook
20526316 1620898957982400 6425743179361692487 N
sumber: facebook
20479650 1620896087982687 5999083709538570753 N
sumber: facebook

Perkongsian ini telah mendapat pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengakui pernah diperdaya dan ditipu oleh individu tersebut. Namun setakat ini belum ada yang membuat laporan polis terhadapnya. Laa kenapa tak report?

Habibs Pentipu
sumber: facebook
Habibs Pentipu 2
sumber: facebook

Sungguhpun ramai yang mengakui akan penipuan lelaki tersebut, ia masih belum dibuktikan sama ada lelaki di gambar itu adalah sebenar-benarnya seperti diceritakan.

Diharapkan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sesiapa dan memberi informasi peribadi kepada orang yang baru dikenali. Demi wang, bermacam-macam muslihat yang orang seperti ini mampu lakukan. Hati-hati!  

Baca: Respon Gadis Ini Terhadap ‘Scammer’ Yang Cuba Menipunya Memang Lucu

Scammer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.