in

Lelaki Ambil Risiko Pecah Cermin Kereta Guna Tangan Demi Selamatkan Mangsa Kemalangan

Saveas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jarang ada orang yang sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan orang lain, apatah lagi sehingga tahap mencederakan diri sendiri. Namun, berbeza dengan lelaki ini yang sanggup menggadaikan keselamatan diri sendiri demi orang yang tidak dikenali.


Menurut Nextshark, seorang lelaki di China telah berjaya menyelamatkan dua orang mangsa kemalangan yang terperangkap di dalam kereta. Lelaki tersebut yang merupakan seorang askar telah mengambil risiko untuk memecahkan cermin kereta menggunakan tangannya!

D1 1
sumber: nextshark

Kemalangan kereta yang berlaku di daerah Hebei selatan China itu mengakibatkan sebuah kereta terbalik dan menyebabkan dua orang mangsa di dalamnya tidak dapat keluar daripada kereta tersebut. Berikutan kemalangan itu, asap dan petrol kereta yang bocor menjadikan keadaan lebih bahaya.

Sewaktu orang awam tiba di tempat kejadian, salah seorang daripada mereka adalah Ma Jun Dong, askar berusia 26 tahun yang terus mengambil tindakan pantas memecahkan cermin depan kereta menggunakan batu untuk menyelamatkan mangsa tersebut.

D4
sumber: nextshark
D2 2
sumber: nextshark

Sebaik sahaja terdapat retakan di cermin kereta berkenaan, Ma Jun Dong menggunakan tangannya untuk memecahkan cermin kereta tersebut dengan segera. Ma mengoyakkan cermin yang retak itu dengan sekuat hati sebelum menarik keluar mangsa kemalangan yang terperangkap di dalam kereta.

Orang awam yang berada di situ juga dilihat sibuk membantu Ma menyelamatkan mangsa dan kedua-dua belah tangannya dikatakan telah tercedera akibat daripada tindakan beraninya itu.

D5
sumber: nextshark
D6
sumber: nextshark

Rakaman Ma menyelamatkan mangsa kemalangan itu tular di laman sosial dan menerima reaksi positif ramai netizen. Rata-rata memuji Ma yang tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan pantas demi menyelamatkan mangsa walaupun sanggup mencederakan dirinya sendiri.

“Lelaki ini adalah contoh yang terbaik! Dia adalah hero yang sebenar!”

Ma Jun Dong dilahirkan dalam sebuah keluarga tentera dan memang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang tentera sejak kecil lagi. Ma merupakan seorang graduan Kewangan dan Ekonomi dari Universiti Xi’an sebelum dia menyertai pasukan tentera.

Bagusnya! Semoga ada ramai lagi individu seperti Ma!

Baca: Ibu Bapa Maut Korbankan Diri Demi Menyelamatkan Dua Anak Dalam Kemalangan di Lebuhraya PLUS

Fefe 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.