in

Lelaki 67 Tahun Curang Dengan Teman Wanita, Maut Ketika Lakukan Seks Bersama Wanita Simpanan

Curang Fe

Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Kematian seorang lelaki baru-baru ini akhirnya membongkar rahsia kecurangannya terhadap teman wanita. Lebih dahsyat lagi, lelaki tersebut mati dalam keadaan yang memalukan.

Menurut World of Buzz, Lin, 67, dari Taiwan telah merancang untuk bertemu dengan kekasih gelapnya yang berusia 63 tahun di sebuah hotel. Lin telah berlaku curang dan berbohong dengan teman wanitanya tentang keberadaannya pada petang itu.

Curang 1 1
sumber: chinapress

Mereka berdua berjumpa pada 15 Oktober lalu dan terus daftar masuk di salah sebuah bilik di hotel tersebut untuk ‘berseronok’. Pasangan itu malah turut berpura-pura tidak mengenali antara satu sama lain ketika di lobi hotel. Cehh!

Bagaimanapun, ketika sedang melakukan seks dan tiba saat klimaks, Lin secara tiba-tiba menjadi kaku sebelum pengsan di atas badan kekasih gelapnya itu.

Wanita tersebut kemudian cuba menggerakkan tubuh Lin dan mengejutkannya, namun tiada sebarang tindak balas daripada lelaki itu membuatkannya terus mendapatkan bantuan.

Curang 2
gambar hiasan

Dia kemudian turun ke kaunter di lobi untuk meminta bantuan namun pada ketika itu, tiada staf berada di kaunter. Panik dengan situasi itu, dia terus menaiki teksi dan menuju ke rumah Lin yang turut didiami teman wanitanya.

Wanita simpanan Lin kemudian memaklumkan hal tersebut kepada teman wanitanya sebelum mereka membuat panggilan kecemasan untuk melaporkan insiden berkenaan. Bayangkan betapa terkejutnya girlfriend dia!

Selepas beberapa ketika, ambulan tiba di hotel dan membawa Lin ke hospital namun malangnya, lelaki itu tidak dapat diselamatkan. Siasatan rasmi mendedahkan bahawa Lin disahkan maut disebabkan serangan jantung.

Curang 3
gambar hiasan

Rupa-rupanya Lin mempunyai sejarah sakit jantung dan hipertensi jadi polis mengesyaki bahawa dia diserang sakit jantung akibat aktiviti seks yang terlampau tegang. Namun, pihak polis kini masih menjalankan siasatan berkenaan punca sebenar kematiannya.

Apa-apa pun, jangan curang dengan pasangan okay!

Baca: Lelaki Tayang Video Kecurangan Pasangan Depan Tetamu di Majlis Perkahwinan

Curang F