“Lebih seram dari pengabdi setan gais!” – Netizen Kritik Bajet Kahwin Dikongsi Wanita Ini

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Hujung-hujung tahun ini mesti ramai di antara pasangan yang sedang merancang untuk berkahwin. Bila sudah merancang, mestilah ada checklist apa yang perlu disediakan dan berapa jumlah bajet perkahwinan tersebut selepas ditolak dan tambah.

Menerusi satu entri di Twitter, seorang wanita telah berkongsi senarai semak perbelanjaan perkahwinannya bagi kedua-dua pihak lelaki dan perempuan untuk rujukan pasangan yang bakal melangsungkan pernikahan.

Sumber: Twitter

Pun begitu, perkongsian tersebut dikatakan telah membuat segelintir netizen hampir ‘sakit jantung’. Apa yang sakit jantung sangat tu? Jom lihat list lengkap di bawah:



Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Mak aii banyaknya barang hantaran! Khidmat fotografi dan videografi pula sampai RM4800! Patutlah ramai yang sakit jantung…

Melihatkan saja perbelanjaan perkahwinan yang agak grand itu, ramai yang akui mereka tidak mampu dan sekaligus tidak menyetujui bajet perkahwinan sebegitu. Malah ada juga yang mengatakan terdapat pelbagai barang yang disenaraikan wanita tersebut agak mengarut dan tidak diperlukan langsung. 

Lebih seram dari pengabdi setan gaisss!” 

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Namun begitu, tidak semua netizen yang mengecam perkongsian wanita tersebut. Bagi mereka, wanita itu hanya berkongsi bajet perkahwinan yang dibelanjakannya dan netizen sendirilah patut bijak menguruskan apa yang perlu dalam perkahwinan mereka sendiri. Kalau tak mampu tak payahlah buat grand macam dia tu kan? Ambil apa yang perlu je.

Sumber: Facebook

Ukur baju di badan sendirilah. Tak payah nak mengecam orang lain. Mungkin wanita itu mampu untuk membelanjakan wang puluhan ribu untuk majlis perkahwinan. Bagi yang tak mampu, buat cara yang ringkas saja. Yang penting dah sah kahwin! 😉 

Nota: Gambar sebelah kanan di atas sekadar ilustrasi



Baca: Pasangan Pengantin Ini Hanya Belanja RM1,350 Untuk Perkahwinan Mereka. Begini Caranya…

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!