in

Lebih Ramai ‘Orang Putih’ Masuk ke Destinasi di Malaysia Ini Berbanding Orang Tempatan. Ini Sebabnya….

Danum Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia terutamanya dari semenanjung yang berkunjung ke Sabah, pastinya mempunyai impian untuk melawat ke tempat-tempat yang dikelilingi alam semulajadi dengan pemandangan yang indah. Lembah Danum merupakan antara destinasi di Sabah yang sangat kaya dengan flora dan fauna.


Namun begitu, Lembah Danum dikatakan tidak terbuka kepada orang ramai terutamanya rakyat Malaysia kerana prosedur untuk ke situ dikatakan menyusahkan seolah-olah sengaja menghalang pelancong tempatan memasuki Lembah Danum. Eh betul ke?

Danum1
sumber: blog
Danum4
sumber: blog

Pelancong tempatan dikatakan tidak dibenarkan masuk bagi memastikan kebersihan Lembah Danam sentiasa terjaga. Seorang pegawai dari Yayasan Sabah juga mengaku hal ini dengan mengatakan prosedur memasuki tempat ini seolah-olah direka.

Difahamkan banyak proses yang perlu dilalui sebelum dapat memasuki Lembah Danum dan dikatakan tidak memadai dengan caj yang dikenakan kepada pengunjung. Sebelum ke sana, appointment perlu dibuat dengan menghubungi agen khas yang di Bandar Fajar di Lapangan Terbang Lahad Datu.

Ld2
sumber: facebook
Ld3
sumber: facebook

Lawatan balik hari ke Lembah Danum tidak berbaloi dengan masa perjalanan dan bayaran yang dikenakan memandangkan pengunjung perlu membayar RM35 sekepala tidak termasuk bayaran wajib lain seperti upah guide RM15 sejam.

Selain itu, banyak tempat yang tidak dapat dilawati terutamanya sekiranya pengunjung tidak mempunyai masa yang banyak kerana jarak perjalanan dari satu tempat ke satu tempat adalah jauh. Haiwan eksotik pula hanya dapat dilihat pada waktu malam.

Ld4
sumber: facebook
Danum3
sumber: borneo fullforce

Pakej bermalam turut disediakan di Lahad Danum, tetapi harga yang diletakkan lebih daripada RM500. Hal demikian membuatkan Lembah Danum sebagai tempat tidak mesra orang tempatan kerana harga yang dikenakan tidak memadai dengan jarak perjalanan serta bayaran yang dikenakan.

Danum2
sumber: blog

Difahamkan, dengan harga sebegitu, Lembah Danum sememangnya mempunyai sasaran demografik yang meliputi orang putih. Mana taknya, Prince William dan isterinya, Kate Middleton juga pernah mengunjungi Lembah Danum. Justeru itu, alternatif lain yang boleh diambil pelancong adalah dengan melawati Menara Kayangan, Air Terjun Ulu Sepagaya dan Gua Madai yang terletak di Lahad Datu.

Ld7
sumber: facebook

Fuhh..Tak boleh buat percutian bajet kalau nak ke Lembah Danum ni.

Baca: Dua Sekawan kongsi Percutian Ke 4 NEGARA Dengan Bajet Bawah RM5,000 SAHAJA!

Cuti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.