in

“Lain kali tengok harga dulu!” – Lelaki Terkejut Dicaj Rm600 Untuk Kari Kepala Ikan

Ikan Kari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kari kepala ikan merupakan hidangan kegemaran ramai di negara ini, namun sedarkah anda bahawa harga kepala ikan itu dikira mengikut saiz ataupun berat? Baru-baru ini seorang lelaki telah menulis entri di Facebook berserta gambar resit menceritakan bahawa dia telah dikenakan bayaran RM600 bagi menu kari kepala ikan.


Menurut laporan Mstar, Faudzy Asfarudeen telah berkunjung ke sebuah restoran mamak di Jalan Ampang bersama-sama dengan keluarganya bagi menikmati juadah makan malam. Mereka telah memesan beberapa jenis lauk yang berbeza termasuklah empat kari kepala ikan merah.

Kari3
gambar hiasan

Sesudah menikmati makan malam mereka, dia kemudian meminta bil dan terperanjat apabila mendapati keseluruhan bil hampir mencecah RM1,000 bagi hidangan makanan melayu. Mini heart attack dibuatnya!

Faudzy kemudian meneliti resit berkenaan di mana dia mendapati kedai itu telah mengenakan bayaran sebanyak RM600 untuk kari kepala ikan tersebut. Apabila diminta penjelasan daripada pekerja di kedai tersebut, pekerja di situ menerangkan bahawa harga diletakkan berdasarkan saiz kepala ikan tersebut. Betul juga tu, memang selalu harga ikut saiz…

Resitbaru
sumber: facebook

Pekerja itu turut menjelaskan bahawa ikan kepala besar berharga antara RM120 dan RM150 manakala ikan yang bersaiz kecil berharga antara RM60 dan RM80. Dia akui tidak melihat harga yang tertera di menu tersebut kerana tidak menyangka akan dikenakan bayaran begitu mahal untuk kari kepala ikan.

Saya memang tak tengok menu sebab biasanya tahu purata harga yang nak dibayar. Walaupun dah ada bajet, tapi terkejut bila tengok harga kepala ikan macam tu.”

Faudzy memberitahu lagi bahawa ini bukanlah kali pertama dia makan kari kepala ikan di kedai mamak. Pada kebiasaannya, dia hanya dikenakan bayaran dalam lingkungan RM50 hingga RM80 untuk semangkuk kari kepala ikan.

Kari Kepala Ikan Merah
gambar hiasan

Walau bagaimanapun, Faudzy tidak bercadang untuk melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa kerana mengaku kesalahan sendiri. Namun, dia menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan memeriksa terlebih dahulu harga sebelum membuat pesanan di restoran terutamanya di restoran mamak yang jarang menulis harga.

Selain itu, dia menyambung bahawa pengusaha kedai juga haruslah memaklumkan jenis ikan, saiz dan harga kepada para pelanggan semasa mereka sedang membuat pesanan.

Hati-hati ye semua. Sebelum buat pesanan, check dulu harga. Kang tak pasal-pasal heart attack bila tengok harga…

Baca: “Macam ini saja RM32, belum lagi air. Terkejut bila nak bayar…”

Resit2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.