in

“Lagi sedap daripada Aiman Tino!” – Netizen Terpegun Dengar Lagu Permata Cinta Nyanyian Lelaki OKU

Page 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Lagi sedap daripada Aiman Tino!" - Netizen Terpegun Dengar Lagu Permata Cinta Nyanyian Lelaki OKU
Loading
/

Tidak ada seorang pun manusia di dunia ini yang sempurna. Setiap manusia telah dilahirkan dengan kekurangan dan kelebihan yang tersendiri. Begitu jugalah dengan lelaki ini yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal, namun, mempunyai kelebihan daripada segi yang lain.


Menurut Harian Metro, baru-baru ini sebuah video rakaman seorang lelaki sedang menyanyikan lagu Aiman Tino berjudul Permata Cinta telah tular di Facebook.

Capture2
sumber: harian metro

Nyanyian lelaki ini telah membuatkan netizen kagum dan mengharapkan supaya dia terus menghantarkan video rakaman nyanyiannya. Namun, apa yang lebih membuat netizen terpegun ialah lelaki tersebut merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU).

Mohd Zulfahmi Hashim, 24, berkata pada awalnya dia telah membuat Facebook Live untuk disimpan sebagai kenangan. Namun, rakannya telah kongsi video itu di laman sosial tersebut sehingga menjadi tular.

Ttt
sumber: youtube

Zulfahmi yang bekerja sebagai operator kanan sebuah kilang elektronik berkata bahawa pada 24 Disember yang lalu dia dan rakan-rakannya ternampak karaoke terbuka di Dataran Batu Pahat, Johor, pada jam 10 malam. Oleh itu, rakan-rakannya telah meminta Zulfahmi untuk menyanyikan satu lagu.

Niat asalnya hanyalah untuk suka-suka sahaja.”

Pemuda yang berasal dari Dungun, Terengganu ini mengalami kelainan pada bahagian bahu kerana tulang bahunya bersambung dengan tulang belakang tengkuk sebelah kiri menyebabkan tangan kirinya tidak boleh diangkat terlalu tinggi.

Capture 2
sumber: harian metro

Ketika dihubungi oleh wartawan, Zulfahmi telah berkongsi sedikit mengenai kehidupannya.Sejak kecil dia dibesarkan seperti insan normal yang lain dan tidak pernah menganggap kekurangannya sebagai kelemahan.

“Ibu bapa membesarkan saya seperti adik-beradik yang lain. Tak ada kurang, tak ada lebih. Sekolah di sekolah biasa seperti anak-anak orang lain. Dengan cara membesar macam itulah, saya tak nampak kekurangan dan kelemahan saya.

Video nyanyian Zulfahmi yang kini telah ditonton lebih 329,000 kali rata-rata mendapat pujian daripada netizen. Mereka malah turut membandingkan nyanyiannya dengan penyanyi asal, Aiman Tino. Wow!

2Blur

3Blur 1
sumber: facebook

Sementara itu, nasihat buat Zulfahmi untuk rakan-rakan luar sana ialah untuk tidak menjadikan kekurangan sebagai penghalang untuk maju ke hadapan. Justeru, sentiasa berfikiran positif serta kuatkan hati walaupun ditimpa musibah. Betul tu!

Fuyoo, memang terbaik suara dia!

Baca: “Sedap suara…merecik!” – Abang Polis Bersuara Merdu Jadi Kegilaan Gadis-gadis

4 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.