in

Kuat Semangat! Wanita Kental Cari Rezeki Demi Jaga Suami Hilang Ingatan Lepas Kemalangan

Isteri Suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesebuah perkahwinan tidak sah jikalau tidak diuji. Ada pasangan diuji dengan dugaan isteri mahupun suami curang dan ada juga yang menerima ujian ahli keluarga terkena penyakit sukar diubati. Tidak terlepas daripada ujian, pasangan suami isteri muda ini pula diuji dengan kemalangan yang menimpa perkahwinan mereka.


Menurut Nona, wanita dikenali sebagai Siti Rohayu Ibrahim menjalani hidup yang bahagia dan dikurniakan dua cahaya mata setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Muhamad Ridhwan Mohd Zaki. Perkahwinan mereka diuji apabila Ridhwan tiba-tiba koma akibat nahas jalan raya tahun lalu.

Ro5
sumber: facebook
Ro6
sumber: facebook

Saat suaminya terlantar di katil hospital tanpa memberikan sebarang reaksi, Rohayu tanpa jemu menjaga suaminya. Wanita tabah ini yakin bahawa suaminya akan kembali sihat seperti sedia kala apabila dia sedar daripada koma nanti. Berkat kesabaran, Rohayu sangat gembira apabila Ridhwan akhirnya sedar dari komanya yang panjang.

Pun begitu, Rohayu langsung tidak menjangkakan bahawa ingatan suaminya yang telah sedar itu tidak seperti dulu lagi. Ridhwan sudah terjaga daripada koma namun kini hilang ingatan dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Tidak terkesan dengan dugaan yang menimpa, Rohayu tetap bersemangat menjaga Ridhwan tanpa rasa lelah.

Ro3
sumber: facebook
Ro7
sumber: facebook

Setiap hari ada sahaja kata-kata semangat diberikan Rohayu kepada Ridhwan untuk merangsang kembali memori suaminya yang telah hilang disamping gigih mencari jalan menyara kehidupan mereka sekeluarga. Terdahulu, Rohayu terpaksa menjual kereta kepunyaan suami dan menyewa ambulan untuk ke hospital. Rohayu juga menceburi bidang perniagaan demi mendapatkan pendapatan.

“Alhamdulillah, kebahagiaan pasti akan muncul setelah ditimpa pelbagai ujian. Allah dah buktikan segala-gala asalkan niat kita betul dan kita ikhlaskan diri. Syukur pada Allah pintu rezeki terbuka luas, rezeki datang pelbagai cara, saya tak jangka kehidupan kami dari ditimpa ujian sampai ke hari ni dapat bertahan.” 

Ro2
sumber: facebook
Ro4
sumber: facebook

Terkini, Rohayu yang gemar berkongsi kisah keluarganya di laman Facebook telah menulis sebuah buku menceritakan tentang dirinya dan suami. Naskhah tersebut yang berjudul 100 Hari Catatan Menggapai Syurga Terindah bakal dijual pada 1 Mac depan. Tidak berputus asa, berbagai cara difikirkan wanita tabah ini demi menyara keluarga dan suaminya.

Rohayu memaklumkan bahawa dia akan sedaya upaya mencari ikhtiar agar suaminya dapat bangun dan berjalan semula. Semoga Ridhwan akan sembuh tidak lama lagi dan pasangan suami isteri ini dapat menjalani alam rumah tangga seperti dulu.

Baca: “Ada yang suruh saya bercerai” – Demi Cinta, Wanita Setia Bersama Suami Meskipun Ditimpa Penyakit Serius

Lecur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.