in

Kuasa Kasih Sayang! Ibu Penghidap Kanser Berjaya Lawan Kanser Demi Besarkan Tiga Anak Kembar

Kembar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kasih sayang ibu bapa tiada batasnya. Setiap ibu bapa pasti mahu melihat anak mereka membesar di depan mata. Inilah juga yang diharapkan oleh seorang ibu dari China yang mempunyai tiga orang anak kembar perempuan yang sangat comel.


Menurut Nextshark, seorang wanita bernama Li Shu pernah tular di laman sosial pada tahun 2013 kerana merakam video ucapan tahniah untuk majlis perkahwinan anak-anak kembarnya. Apa yang menarik, anak-anak kembar Li pada waktu itu masih kecil lagi dan tidak mungkin akan berkahwin pada usia seawal itu.

K1 2
sumber: nextshark
K3 2
sumber: nextshark

Difahamkan, Li rupa-rupanya seorang penghidap penyakit kanser. Li khuatir umurnya tidak panjang dan bimbang jika dia akan terlepas peristiwa penting seperti perkahwinan dalam hidup anak-anaknya itu. Oleh sebab itu, ibu tersebut bertindak merakamkan video ucapan tahniah untuk digunakan di majlis perkahwinan anak-anaknya suatu hari nanti.

K2 2
sumber: nextshark

Empat tahun kemudian, Li kembali menjadi bualan warga internet kerana telah berjaya melawan kanser yang dihidapinya dan telah kembali bekerja di sebuah klinik komuniti. Disahkan menghidap gastric adenocarcinoma pada tahun 2013, Li menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan yang dimilikinya dan menghadiri pemeriksaan tahunan di Chongqing.

Doktor menolak kemungkinan bahawa ketumbuhan tersebut akan kembali namun menasihatkan Li supaya tidak lupa untuk mengambil ubat dan bersenam. Setelah empat tahun berlalu, Li gembira kerana dapat menyaksikan anak-anak kembarnya yang comel membesar di depan matanya sendiri.

K5 1
sumber: nextshark

Tidak mahu ibu mereka bimbang akan keadaan mereka sewaktu ditinggalkan, anak-anak kembar Li menghantar mesej melalui aplikasi WeChat kepada ibu mereka ketika dia berada di Chongqing untuk melakukan pemeriksaan tahunan.

“Ibu, kami anak yang berani. Kami sayang ibu.”

Alahaaaaiii, comelnya kembar tiga ni! Inilah kuasa kasih sayang. Ibu mereka berjaya bebas kanser semata-mata kerana nak tengok anak-anak membesar depan mata.

Baca: Demi Anak… Sebak Baca Kisah Mengapa Pasangan Ini Buat Persembahan Makan Rumput

Rumput

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.