“KRU kau boleh melingkuppp!” – Netizen Berang KRU Buat Lagu Untuk Boy Iman Pula

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Selepas Dato’ Seri Vida meletop dengan lagu ‘I Am Me’ hingga satu dunia kenal namanya, Dato’ Aliff Syukri dan Sajat pula muncul dengan lagu ‘Abang Nak Tegur’ yang kini trending nombor satu di Youtube. Persamaan antara kedua-dua lagu ini ialah ia telah diciptakan oleh orang yang sama.

Siapa lagi kalau bukan Edry Abdul Halim, ahli kumpulan KRU yang supertalented ini!

Sumber: Blog

Namun selepas kemunculan dua lagu hit yang mendapat pujian serta kritikan pada masa yang sama, dengar-dengar Edry nak cipta lagu lagi untuk seorang ahli perniagaan yang juga bekas pelakon tidak lama dulu. Eh siapa pulak tu??



Menurut Astro AWANI, Datuk Boy Iman telah memaklumkan di Instagram miliknya bahawa dia bakal melancarkan sebuah single baru yang berjudul ‘Malas Nak Layan’ tidak lama lagi. Haa? Biar betul ni? 

Sumber: Blog

Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman yang sebelum ini pernah terpalit skandal penipuan jualan rumah yang melibatkan jutaan ringgit tampak sudah bangkit daripada detik hitam dalam hidupnya dan sudah bersedia untuk memulakan langkah baru.

Menerusi Instagram, Boy menjelaskan bahawa single tersebut juga sedang menjalani penggambaran video dan seperti yang dapat dijangka ramai, lagu ini telah ditulis oleh Edry Abdul Halim dan diterbitkan oleh syarikatnya sendiri, DBI Entertainment Sdn Bhd. 

“Lagu ini dibuat khas selepas berlakunya musibah pada diri saya.

“Saya hadiahkan ini untuk semua yang menyokong saya, juga haters saya,” tulisnya.



Pun begitu, tindakan KRU atau Edry yang terlibat dalam membikin single tersebut telah menerima cacian netizen. Netizen menyifatkan KRU sebagai makin merapu dan sanggup bekerjasama dengan penipu seperti Boy Iman.

Sumber: Beautifulnara
Sumber: Beautifulnara

Kalau ada duit semua pun jadi kan? Nak buat macam mana… Nantikan lagu Malas Nak Layan tidak lama lagi ye! 😀

Baca: Boy Iman Dituduh Menipu Orang Ramai, Jual Rumah Harga RM200,000 ke RM50,000

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!