in

Kreatif! Peminat Cosplay Tarik Perhatian Netizen Dengan Menggayakan Kostum Meskipun Memakai Hijab

Misa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adakah anda seorang peminat Cosplay dan anda rasa memakai tudung adalah satu penghalang untuk menggayakan sesuatu kostum? Jawapannya sama sekali tidak kerana seorang gadis dari Perlis telah membuktikan dirinya mampu menggayakan kostum anime Cosplay meskipun memakai hijab.


Cosplay 1
sumber: instagram

Menurut Nextshark, gadis yang bernama Misa ini telah berjaya menambat hati para netizen dengan memuat naik gambar pelbagai gaya anime Cosplay di laman Instagram miliknya.

Jika anda perasan selama ini, rata-rata peminat Cosplay akan mewarnakan rambut atau memakai rambut palsu untuk menyamakan rupa mereka dengan watak anime pilihan masing-masing. Namun, bagi gadis yang berusia 21 tahun ini, dia telah mengambil pendekatan yang lebih kreatif dengan mengenakan sentuhan hijab ketika menggayakan kostum Cosplay. Bagusnya!

Cosplay 4
sumber: instagram
Cosplay 5
sumber: instagram

Sebagai contoh, cara yang digunakan Misa adalah menggayakan hijab mengikut warna bagi menggantikan rambut palsu sesuatu watak itu.

Gaya kreatif Misa telah berjaya mencuri perhatian netizen sejak Mei tahun lalu apabila dia kerap muat naik gambarnya di laman Instagram sehingga berjaya dipaparkan di ruangan fesyen di sebuah majalah terkemuka.

Cosplay 6
sumber: instagram
Cosplay 3
sumber: instagram

Comel kan? Jika anda mahu lihat lebih banyak gaya kreatif Misa, anda boleh ikutinya di laman Instagram dan Facebook.

Jadi jangan jadikan status berhijab itu sebagai penghalang minat anda. Jika Misa boleh buktikan, anda pun boleh!

Baca: “Cantiknya, macam anak patung…”- Solekan Pengantin Ala ‘Anime’ Jadi Kesukaan Ramai Netizen

Capture 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.