in

“Kombang tekak den!” – Resepi Telur Hancur Campur Durian Ahmad Maslan Dikritik

^C04916218303Ec92Ff6Eab15Ca0924553B3A16171C81Baed0D^pimgpsh Fullsize Distr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jarang sekali kita lihat menteri di Malaysia ini rajin berkongsi hobi mereka di laman sosial. Kalau ada pun, tidak ramai juga yang menggemari hobi memasak seperti mana yang disukai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.


Kalau dulu Ahmad Maslan pernah berkongsi resepi nasi goreng tanpa GST dan ayam goreng terung pipit yang nampak menyelerakan, kali ini beliau kembali lagi dengan resepi baru yang sangat ‘kreatif’. Wah ada-ada aje idea datuk ye! 

Dqf9637Uqaa50Ow
sumber: twitter

Menerusi perkongsian di Twitter, Ahmad Maslan telah memuat naik resepi telur hancur yang dicampur dengan durian. Wow ini lain dari yang lain ni! 

“Resepi asli saya; Durian, telur, bawang besar, bawang putih, sos cili, minyak masak, secubit garam. Ditumis. Makan dengan roti. Boleh cuba. Memang lain sebab ada durian.

“Durian, baunya sengsara tetapi rasa… sedapnya!” tulis Ahmad Maslan.

Dqf9637U8Aaabqz
sumber: twitter
Dqf963 V4Aeoy3V
sumber: twitter

Akibat daripada menggunakan raja buah sebagai salah satu bahan di dalam masakan itu, Ahmad Maslan menerima kritikan bertubi-tubi daripada netizen.

Gabungan makanan yang pelik tersebut tidak dapat diterima ramai, malah ada yang mual dan kembang tekak membayangkan rasa pelik telur hancur tersebut apabila dicampurkan dengan durian. Erk… bau telur campur durian pun dah semacam. Rasanya? Emm… entahlah! 

Vvvv

Vvv2
sumber: twitter

Tidak cukup dengan itu, resepi telur hancur itu juga dikategorikan netizen sebagai makanan mahal kerana penggunaan durian yang harganya agak mencekik darah buat masa ini. Tetiba rasa miskin pulak bila sebiji durian harga sampai RM50!

Kritik 2
sumber: twitter
Aaaaa
sumber: twitter

Pun begitu, di sebalik kritikan yang diterima masih ada segelintir netizen yang teruja untuk mencuba resepi terbaru tersebut. Malah ada yang mengaku sudah pun mencuba masakan itu dan rasanya ternyata sedap. Haa belum cuba belum tahu! Jangan pandai mengutuk je tau. 

Mmmm

Mmmm1
sumber: twitter

Bagi mereka yang mampu membeli durian, jangan malu-malu untuk mencuba resepi khas daripada Datuk Ahmad Maslan ini. Kalau sudah cuba, kongsikan bersama kami bagaimana rasanya. Mesti sedap kan? 😉

Baca: Ahmad Maslan Tunjuk Kepakaran Memasak, Netizen Tegur Kerana Ridsect di Dapur

Maslan Masak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.