Klip Video Inspektor dan Anggota Polis Berhibur Bersama Tauke Judi di Pusat Hiburan Tersebar!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Hanya kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga! Kerana sikap segelintir anggota polis yang bersubahat dalam melakukan jenayah, habis nama institusi kepolisan tercemar pula. Baru-baru ini tersebarnya sebuah video di laman Facebook yang menunjukkan sekumpulan lelaki didakwa pegawai dan anggota polis sedang berhibur di pusat hiburan di Johor.

Menurut Harian Metro, satu status yang bertajuk ‘Anggota D7 IPD Muar, Johor berhibur di pusat hiburan bersama tauke judi haram. Terbaik’ telah dimuatnaik di page Facebook Koleksi Video Viral (KVV) oleh pemilik akaun bernama Jia.

Sumber: Facebook

Dalam video yang berdurasi 9 saat itu, beberapa orang lelaki dan perempuan dilihat sedang berhibur sesama sendiri di pusat hiburan tersebut. Kejadian ini juga dipercayai berlaku di Pusat Perniagaan Bakri, Muar, Johor.



Susulan dari penyebaran video tersebut, sumber memberitahu, seorang ketua balai polis berpangkat inspektor dan enam anggota polis lagi didakwa terlibat dan sedang berada dalam siasatan.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pegawai dan anggota polis yang terbabit sudah pun ditukar dengan serta merta sementara menunggu tindakan susulan dari pihak atasan.

“Susulan penularan video klip pegawai polis berhibur di Pusat Hiburan di Muar, Johor pada 8 Oktober 2017, semua pegawai dan anggota terbabit ditukarkan serta merta sementara menunggu tindakan susulan. Siasatan tatatertib dijalankan sebaik sahaja maklumat ini diterima.

“Dalam hal ini, PDRM melihat pelanggaran tatatertib ini tidak boleh dikompromi dan akan mengambil tindakan yang tegas kepada semua yang terbabit,” katanya dalam kenyataan di Berita Harian.

Sumber: Facebook

Dalam pada itu, rata-rata netizen yang maklum akan tularnya video tersebut mengecam tindakan pegawai polis yang terlibat dan menganggap mereka seperti ‘harapkan pagar, pagar yang makan padi’. Ish, ish, ish! 



Sumber: Facebook

Semoga pihak atasan mengambil tindakan serius ke atas pegawai polis yang terlibat. Tak pasal-pasal nama PDRM tercemar dengan anggota macam ni. 

Baca: Pelajar Korea Selatan Terlepas Hukuman Gantung Selepas Peguam Dedah Penipuan Pegawai Polis

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!