in

KJ Buka Mulut Perjelas Mengapa Tiket Final Bola Sepak Sukan SEA Tidak Dijual Online

Jual Tiket

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
KJ Buka Mulut Perjelas Mengapa Tiket Final Bola Sepak Sukan SEA Tidak Dijual Online
Loading
/

Seperti semua sedia maklum, semalam hampir terjadinya rusuhan di Stadium Shah Alam apabila segerombolan peminat bola sepak telah merempuh pagar penghadang apabila hanya beberapa kaunter saja dibuka untuk penjualan tiket perlawanan akhir Malaysia melawan Thailand hari ini.


Kejadian tersebut telah menimbulkan pelbagai kekecohan sehingga pasukan FRU dipanggil untuk menenangkan keadaan di samping persoalan mengapa penjualan tiket tidak dijual atas talian seperti kebiasaan.

Sumber: Twitter

21106385 10155548091835600 390323707179697955 N
sumber: bh
21151212 10155548092040600 1328101108160639803 N
sumber: bh

Menerusi laman Twitter, ramai di antara netizen telah menyatakan ketidakpuasan hati mereka atas keputusan penganjur yang dianggap agak ‘bodoh’ dan pastinya amarah serta kekesalan ini disasarkan kepada Khairy Jamaluddin selaku Menteri Belia dan Sukan.

Komen Tiket 1
sumber: twitter
Komen Tiket 2
sumber: twitter
Komen Tiket 3
sumber: twitter

Setelah mendiamkan diri buat beberapa ketika, KJ akhirnya tampil memberi penjelasan akan mengapa keputusan sedemikian dibuat. Menurut beliau melalui akaun Twitter rasminya, tiket perlawanan akhir ini sememangnya telah dirancang untuk dijual atas talian seperti sebelum ini.

Kj 1 1
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, masalah timbul apabila pembekal transaksi online tidak boleh memberi jaminan sama ada proses transaksi tersebut akan berjalan dengan lancar ataupun tidak. Hal ini kerana kemungkinan besar kebanyakan yang membeli tiket online tidak dapat menebus tiket mereka kerana jumlah yang membeli terlalu banyak.

Kj 2
sumber: twitter
Kj 3
sumber: twitter

Menurut Khairy, semua keputusan yang dibuat atas segala informasi yang diterimanya. Pun begitu, dia berharap agar semua penyokong tetap memberi sokongan buat pasukan atlet negara yang bakal berentap hari ini walaupun tidak dapat menonton bersama-sama di stadium.

Kj 4
sumber: twitter
Kj 5
sumber: twitter

Dalam pada itu, peminat yang sudah berputus harapan untuk menonton perlawanan akhir bola sepak malam ini telah mengeluarkan beberapa tweet lucu untuk meredakan kegusaran mereka.

Lucu
sumber: twitter
Lucu 2
sumber: twitter

Tak apalah, tonton di rumah atau di mamak pun menarik juga kan? Yang penting kita bersatu hati dan #BangkitBersama!

Baca: Netizen Mengamuk Ramai Jual Semula Tiket Perlawanan Akhir Bola Sepak RM150 Sekeping

Tiket Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.