“Kita bangga Malaysia negara Islam, tapi pramugari berpakaian seksi dan tidak sopan” – Senator

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Setiap syarikat penerbangan pasti punyai pakaian seragam untuk kru kabin masing-masing. Bagi syarikat penerbangan yang wujud di Malaysia, ada pramugari yang memakai pakaian seragam berupa kebaya dan ada juga yang memakai skirt. Satu perkara yang pasti, kedua-duanya agak ketat dan mengikut bentuk badan si pemakai.

Disebabkan itu, terdapat individu yang merasakan hal ini tidak bersesuaian dengan status negara kita sebagai sebuah negara islam. Menurut Malaysiakini, Senator Datuk Hanafi Mamat mencadangkan kepada kerajaan supaya memperkenal peraturan pakaian patuh syariah kepada pramugari di semua syarikat penerbangan Malaysia.

Sumber: Parlimen Malaysia

“Malaysia sebuah negara Islam, ada budaya sendiri, tapi apabila pramugari berpakaian seksi dan tidak sopan, ini boleh memberi persepsi kepada pelancong yang banyak menggunakan perkhidmatan penerbangan Malaysia ke negara ini,” kata Hanafi sewaktu ditemui ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 di Dewan Negara semalam.



Berdasarkan kenyataan yang diberikan, Hanafi menyatakan bahawa kita bangga dengan status negara sebagai sebuah negara Islam, namun pramugari yang bekerja di syarikat-syarikat penerbangan dalam Malaysia berpakaian seksi dan tidak sopan.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Oleh sebab itu, hal ini boleh memberikan persepsi berbeza kepada pelancong-pelancong yang menggunakan perkhidmatan penerbangan di Malaysia sekaligus tidak menggambarkan agama rasmi negara ini.

Hanafi juga memberitahu bahawa peraturan itu tidak akan merugikan syarikat penerbangan jika dipraktikkan kerana kualiti sesebuah penerbangan bergantung kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka.

Gambar hiasan

Merasakan sudah tiba masanya untuk kerajaan menyediakan peraturan pakaian baru kepada pramugari yang bekerja di syarikat penerbangan, Hanafi mengatakan bahawa perubahan itu akan memberi gambaran Malaysia sebagai negara Islam dan memegang ciri-ciri budaya Timur yang kuat.

Ada betulnya juga apa yang diperkatakan oleh Senator Datuk Hanafi Mamat ni. Negara Islam seeloknya menggambarkan pemakaian lebih menutup aurat. Korang rasa macam mana?



Baca: Penerbangan Air Asia Ditangguhkan, Pramugari Nyanyi Lagu Jason Mraz Untuk Hiburkan Penumpang

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.