in

Kisah Kanak-Kanak 5 Tahun Jaga Nenek dan Moyangnya Ini Akan Buat Anda Rasa Lebih Bersyukur

Page 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di saat rakan-rakan seusianya seronok bermain di waktu petang, meluangkan masa bersama rakan-rakan, Wang Anna, 5, pula menggalas tanggungjawab seperti orang dewasa.


Dia terpaksa lupakan hasrat untuk berkawan, bermain bersama dan belajar demi menjaga dua insan yang disayanginya.

Wang menjadi perhatian netizen baru-baru ini apabila gambarnya menjaga nenek dan moyang di rumah kecil mereka di barat selatan China tersebar.

Aa

Ketika masih di dalam perut ibunya, bapa Wang telah dijatuhi hukuman penjara meninggalkan ibunya tinggal bersama keluarga mertua. Namun, Wang kemudian ditinggalkan oleh ibunya yang berkahwin lain sebaik saja melahirkannya.

Semenjak itu, Wang dijaga nenek serta moyangnya yang kini sudah berusia 92 tahun. Masa berlalu, kini di usia 5 tahun Wang dengan sukarela mengambil tanggunjawab untuk menjaga kedua-dua orang tua tersebut di rumah mereka yang terletak di bandar Zunyi.

 

A 5

Neneknya mempunyai penyakit septic arthritis yang mengehadkan pergerakan dan aktiviti hariannya. Setiap pergerakan membuatkan otot dan sendinya sakit. Jadi,  dia tidak dapat membantu Wang untuk membuat kerja-kerja rumah serta menjaga moyang yang kebanyakkan masanya berada di atas katil.

Seawal pagi, Wang akan bangun untuk menyediakan makanan buat mereka. Selain memasak, Wang turut bertanggungjawab membuat kerja-kerja rumah seperti mengemas, menyapu lantai, membuang sampah dan menjaga kebajikan kedua-dua orang tua itu.

K8

K7

K4

Walaupun masih tidak cukup ketinggian, ia tidak menjadi alasan buat Wang untuk tidak menyediakan makanan kepada nenek dan moyang yang disayanginya itu. Wang akan menggunakan kerusi kecil untuk panjat dan cuba sehabis baik mencapai dapur untuk memasak.

Bukan sekadar memasak, Wang juga turut menyuapkan makanan dan membersihkan nenek serta moyangnya itu setiap hari tanpa mengeluh.

K3

K1

K2

Malah, Wang turut menggunakan kudratnya untuk memimpin nenek atau moyangnya untuk ke tandas dan membawa mereka berjalan di kawasan rumah.

K5

Bayangkan kanak-kanak di usia lima tahun bangun awal pagi, kemas rumah, memasak dan menjaga orang tua. Tabahnya dia!

Kisah Wang menyentuh hati jirannya yang kemudian menawarkan kanak-kanak itu untuk kutip sayur yang ada di kebun belakang rumahnya tanpa perlu membayar jika sekiranya mereka kehabisan makanan. Baiknya.

K6

Apabila ditanya wartawan apa yang diharapkan olehnya, Wang senyum dan menjawab,

Mereka sahaja yang saya ada dalam hidup ini, saya mahu menjaga mereka setiap hari dan tiada apa yang saya harapkan selain mereka sentiasa sihat dan dalam keadaan yang baik.”

Giphy 1

Sedih kan?

Tiada apa juga yang kami harapkan buat Wang selain diberi kesihatan yang baik supaya dapat menjaga kedua-dua nenek serta moyangnya dan semoga ada pihak tampil membantu atau membiayai pendidikannya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.