in

Kisah Inspirasi Lelaki OKU Kudung Sebelah Kaki, Selama Bekerja 12 Tahun Tak Pernah Minta Cuti

Hi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mencari pekerjaan bukan satu perkara mudah. Ramai yang sanggup berjalan jauh dan bertahan melakukan perkara yang susah demi mengekalkan kerjaya yang dimiliki. Inilah yang dilakukan oleh seorang lelaki dari China yang bersusah payah bekerja setiap hari walaupun memiliki kekurangan pada diri.


Menurut Asia One, seorang lelaki dikenali sebagai Shang Wuyi telah bekerja sebagai seorang tukang sapu selama hampir 12 tahun. Lelaki berusia 46 tahun ini adalah seorang yang dilahirkan pekak dan buta. Lebih mengejutkan, Shang cacat fizikal dan hanya mempunyai sebelah kaki sahaja selepas ditimpa kemalangan.

J2
sumber: asia one

Difahamkan, Shang bangun pada pukul 4 pagi setiap hari untuk keluar bekerja. Semenjak mula bekerja 12 tahun lalu, Shang dikatakan tidak pernah meminta sebarang cuti. Bukan kerana tidak dibenarkan bercuti oleh majikan atau sebab-sebab tertentu, Shang memberitahu bahawa dia seorang yang suka bekerja.

Dilahirkan pada tanggal 1 Mei, Shang mendakwa bahawa kelahirannya pada Hari Pekerja itu mungkin penyebab menjadikan dia seorang yang gemar bekerja. Setiap hari, Shang akan bekerja disamping isterinya, Wang Yaqin yang juga seorang penyapu sampah.

J3
sumber: asia one

Sebagai seorang pekerja yang berdedikasi, Shang dan isterinya bertolak ke tempat kerja 30 minit lebih awal. Namun, jika isterinya sakit atau terpaksa mengambil cuti, Shang akan pergi bekerja pada pukul 3 pagi untuk memastikan semua kerja diselesaikan dengan baik.

Wang memaklumkan bahawa dia tidak kisah jika kerja yang dilakukannya sukar kerana hidup mereka bergantung kepadanya. Majikan Shang, Huang memberitahu bahawa dia pada awalnya bimbang jika Shang tidak dapat melakukan pekerjaan tersebut dengan baik, namun ternyata kekurangannya bukan penghalang.

J1 1
sumber: asia one

“Pada pemerhatian saya, Shang menyelesaikan kerja-kerjanya dengan baik. Dia bukan sahaja rajin malah dapat menyapu jalan dengan sangat bersih sekali,” kata Huang.

Dasyatnya! Kita yang dilahirkan sempurna juga belum tentu dapat menjalankan pekerjaan sebaik Shang.

Baca: Cara Wanita OKU Ini Berusaha Untuk Bantu Perniagaan Ibunya Menyentuh Hati Ramai

Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.