Kiera Tarik Balik Kenyataan Isu Keluar Dari Clever Girl Malaysia

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Clever Girl merupakan rancangan realiti yang mencari gadis terpintar di Malaysia. Musim lalu, Fatin Nuraisya dinobatkan sebagai pemenang Clever Girl, dan siapakah peserta yang akan bergelar juara pada musim kedua ini?

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan berita penarikan diri oleh salah seorang peserta Clever Girl Malaysia Musim Ke-2. Wakil dari Pulau Pinang, Noor Syakirah Mohd Azam (Kiera) memilih laman sosial Instagram sebagai saluran untuk mendedahkan punca penarikan dirinya daripada rancangan itu. Menurut perkongsian di Twitter, Kiera telah mendakwa bahawa pihak produksi Clever Girl Malaysia sebagai berat sebelah ataupun ‘pilih bulu’.

Sumber: The Malay Mail Online

Dakwanya lagi, dia berasa tertipu dan diperbodohkan apabila mengesyaki terdapat peserta yang menerima soalan bocor daripada pihak produksi itu sendiri! Kiera turut berasa terkilan kerana seakan-akan dipergunakan hanya kerana dia merupakan graduan universiti paling berprestij di dunia, Universiti Oxford.



Sumber: Twitter

Susulan kontroversi berita penarikan dirinya, dia sendiri telah mengeluarkan kenyataan balas mengenai isu panas yang tular di media sosial. Kiera dikatakan telah memuat naik satu posting gambar menerusi akaun Instagram rasmi peserta Clever Girl yang menjelaskan isu sensasi tersebut.

Kiera mengesahkan bahawa dia sendiri telah memadam posting mengenai sebab utama penarikan dirinya di dalam rancangan realiti berkenaan. Kiera juga menarik semua kenyataannya atas alasan sudah ada perjanjian dengan pihak produksi TV3 agar tidak memberi sebarang komen terhadap keputusan penarikan diri dalam program Clever Girl Musim Ke-2 itu.

Sumber: NST

Gadis berusia 27 tahun tersebut bagaimanapun berterima kasih kepada semua penyokong dan mengatakan bahawa apa yang terjadi ini telah memberi inspirasi kepada ramai pelajar untuk terus bersemangat dalam apa juga bidang.

Program realiti Clever Girl Malaysia musim baharu mula disiarkan di TV3 pada 4 Ogos 2017 yang lalu.

Tidak apa la, dengan bakat kepandaian dan kecantikan Kiera, rasanya lebih baik dia salurkan khidmat kepada karier dan keluarganya sahaja. Tak perlulah terasa hati ye? 🙂



Baca: Fathia Latiff Akui Dia Wanita Dalam Video, Tak Tahu Bigo Live Boleh Ditonton Umum

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.