Ketepi Fahaman Agama, Sekumpulan Lelaki Berganding Bahu Bantu Baik Pulih Gereja di Sabah

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Baru-baru ini, kisah seorang wanita bertudung litup dari negara seberang menyanyikan lagu Ave Maria di majlis pengebumian sahabat karibnya di gereja mendapat perhatian ramai dan menerima pujian netizen kerana menganggap dia memberikan contoh yang baik kepada masyarakat di luar sana. Ternyata contoh yang baik ini bukan wujud di negara seberang sahaja.

Sumber: Facebook

Menurut Coconuts, beberapa orang lelaki Muslim dan bukan Kristian di Sabah telah bergotong-royong untuk membantu membaik pulih Gereja St.Paul di Kampung Sinalapak yang sudah usang.

Sumber: Facebook

Beberapa orang ahli akademik yang beragama Islam dan pelatih-pelatih dari Kinarut Youth Skill Training Institute (IKBN) mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong di gereja ini sebagai tanda muhibah antara jiran tetangga. Wah, macam ni lah baru hidup berjiran!



Sumber: Facebook

Mereka yang menyertai gotong royong tersebut termasuklah Timbalan Pengarah IKBN, Suhaidi Mokhtar; Pembantu Pengarah Hal Ehwal Pelajar Fatimah, Abdul Rahman; pengurus gereja, Rosenani Kiting dan Penghulu Kampung, Dunsim Gimbatu. Wakil Rakyat kawasan itu Joniston Bankuai juga turut hadir bagi merasmikan majlis gotong royong tersebut.

Sumber: Facebook

Melihat mereka (pelatih Muslim dan pegawai Kinarut IKBN) turut sama menyertai gotong-royong ini sangat menyentuh perasan,” kata Joniston.

Sumber: Facebook

Aktiviti gotong-royong yang tidak menghiraukan perbezaan agama ini sememangnya menunjukkan bahawa masyarakat berbilang agama di Sabah masih hidup dalam keadaan aman damai malah saling membantu. Ini sekaligus membuktikan tanggapan masyarakat terhadap kebebasan beragama di Sabah yang kian terancam adalah tidak benar sama sekali.

Dalam aktiviti gotong-royong itu, pihak sukarelawan telah membantu mengecat gereja dengan cat yang baru, menukarkan kipas baru, dan memasang bumbung baru di koridor. Rosenani meluahkan rasa syukur kerana pihak IKBN Kinarut sudi memilih gereja kecil itu untuk melaksanakan projek gotong royong mereka.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Amalan saling bantu-membantu yang ditunjukkan oleh sekumpulan lelaki ini sememangnya memberikan contoh yang baik kepada masyarakat Malaysia yang hidup berbilang bangsa dan agama.

Baca: Ketepi Sentimen Agama, Wanita Nyanyi Lagu ‘Ave Maria’ Dalam Gereja Untuk Penghormatan Terakhir Sahabat Karib



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.